Sebelas pendatang asing tanpa izin yang terselamat tragedi bot karam di perairan Malaysia-Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah.
00:00Pendatang asing tanpa izin parti yang terselamat dalam tragedi Bot Karam di perairan sempadan Malaysia, Thailand didakwa di Mahkamah Session pada Ahad atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.
00:12Kesemua tertuduh terdiri daripada 9 warga Myanmar dan 2 warga Bangladesh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Mirza Muhammad.
00:23Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah ketika ditahan di Klub Golf Teluk Datai, Jalan Teluk Datai kira-kira jam 4.20 petang pada 8 November lalu.
00:37Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959 Palang 6-3 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6-3 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali serta sebatan jika sabit kesalahan.
00:59Pendawaan dikendalikan timbalan pendawa raya Ainur Sofia Noridan manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
01:06Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Februari 2026 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan pemeriksaan gigi untuk pengesahan umur 5 tertuduh remaja selain urusan latihkan peguam.
01:19Media sebelum ini melaporkan sebuah bot kayu yang membawa kira-kira 100 pati karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand.
01:27Operasi mencari dan menyelamat menemukan 43 mangsa dengan 14 terselamat dan 29 maut termasuk 5 kanak-kanak.
Be the first to comment