Bayu Raudhah Sabah menegaskan tiada penyelewengan dana Tabung #JusticeForZara yang diwujudkan untuk membantu keluarga Allahyarhamah Zara Qairina dan prosiding inkues.
00:00Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudah Sabah menegaskan tiada sebarang salah guna atau penyelewengan dana yang melibatkan tabung justice for Zara yang diwujudkan untuk membantu keluarga Allahyarhamah Zara dan menyokong proseding inquest berkaitan kes berkenaan.
00:15Setiausaha Pertubuhan Siti Faizah Mukta berkata semua pengurusan keuangan dilakukan mengikut prosedur pertubuhan dan juga peraturan sah yang berkuat kuasa selain komitmen terhadap ketelusan dan accountability.
00:30Katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu, semua maklumat serta rekod berkaitan tabung justice for Zara telah didedahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
00:39Manakala laporan keuangan juga boleh disemak oleh pihak berkuasa atau penderma melalui saluran rasmi pertubuhan tertakluk kepada prosedur dan keperluan dokumentasi.
00:50Tambahnya tabung berkenaan diuruskan lalui akaun khas di bawah nama pertubuhan dengan penanda tangan pendahari dan setiausaha pertubuhan,
00:56ibu Allahyarhamah Zara Nuraydah Lamad serta wakil peguam yang dilantik.
01:02Jelasnya lagi, sebarang pengeluaran dana memerlukan kelulusan bersama dan sekurang-kurangnya dua tanda tangan daripada penanda tangan yang dilantik
01:10dan tiada individu mempunyai kuasa akses tunggal terhadap akaun itu.
01:16Menurutnya, semua kutipan dana direkodkan dengan teliti dan digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan,
01:21termasuk kos dokumentasi, khidmat kepakaran, logistik, penginapan keluarga dan pakar, serta keperluan mesyuarat dan operasi.
01:32Setakat 18 Disember, jumlah dana terkumpul ialah RM255,016.27
01:37dengan perbelanjaan RM162,155.87
01:42menjadikan baki semasa tabung setakat 18 Disember 2025, RM94,096.97
01:51Menyentuh mengenai pecahan perbelanjaan, kos terbesar dicatatkan adalah bagi khidmat kepakaran dan konsultasi profesional
01:58yang menelan belanja sebanyak RM82,747.35 diikuti kos logistik dan perjalanan.
02:08Ia melibatkan perbelanjaan untuk perjalanan udara dan darat bagi pakar serta pengangkutan keluarga berkaitan prosidik
02:13berjumlah RM40,435.54
02:17selain beberapa lagi perbelanjaan lain
02:19seperti penginapan, RM22,119.28
02:23serta dokumentasi dan komunikasi, RM12,497.
02:30Sementara itu, pihaknya berterima kasih atas sokongan masyarakat dan mendoakan
02:33agar usaha ini memberi manfaat kepada keluarga oleh Alhamah Zara
Be the first to comment