Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dubai dilanda hujan lebat dan ribut petir pada hari Jumaat, menyebabkan banjir di beberapa kawasan kejiranan serta mengganggu pergerakan lalu lintas. Jabatan Meteorologi UAE memberi amaran cuaca tidak menentu termasuk kilat, hujan batu dan angin kencang di beberapa lokasi. Keadaan ini memaksa penutupan pantai dan taman awam selama dua hari, sementara pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar kekal di rumah. Beberapa penerbangan turut dilaporkan ditangguh atau dibatalkan akibat keadaan cuaca ekstrem ini.
Transcript
00:01Hujan lebat dan ribut petir melanda Dubai pada Jumat menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air hingga banjir dan menyukarkan perjalanan.
00:10Pusat Meteorologi Kebangsaan Imeriah Arab Bersatu UAE memberi amaran mengenai cuaca tidak menentu, hujan berterusan dan ribut petir di beberapa kawasan.
00:19Video yang dikongsikan kepada Associated Press menunjukkan kenderaan terpaksa meredah jalan yang dinaiki air hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk serta jarak penglihatan yang rendah di beberapa bahagian bandar.
00:32Sementara itu, pekerja pihak berkuasa berusaha mengalihkan air yang bertakung menggunakan tangki bagi membersihkan sebahagian jalan selain mengumumkan penutupan pantai awam dan taman selama dua hari.
00:44Polis Dubai memberi amaran kepada penduduk agar kekal di dalam rumah jika boleh.
00:48Syarikat penerbangan Emirates mengumumkan beberapa penerbangan dari Dubai mungkin mengalami kelewatan atau dibatalkan.
00:55Cuaca buruk melanda kebanyakan bandar di teluk dan dijangka berterusan sepanjang hujung minggu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended