00:00Pelantikan Hana Yoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bersama Lo Sofui sebagai timbalannya
00:06tidak akan menjejaskan agenda Melayu di Wilayah Persekutuan, kata timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
00:12Zahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata,
00:16Dana Menteri Anwar Ibrahim telah mempertimbangkan beberapa faktor sebelum melantik Yoh daripada DAP
00:22dan Lo daripada Gabungan Rakyat Sabah untuk menerajui kementerian itu.
00:27Zahid berkata walaupun Yoh merupakan wakil DAP, rekod beliau semasa menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan
00:33dilapor tidak menunjukkan sebarang agenda perkauman.
00:38Beliau turut menegaskan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur ialah Melayu dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur
00:43berperanan sebagai agensi utama di wilayah tersebut.
00:48Pelantikan tersebut telah menerima kritikan dengan setiausaha agung UMNO Ashraf Wajidi Dusuki
00:53menggesa agar berhati-hati terhadap sentimen rakyat mengenai mengapa ahli Parlimen Cina
00:59daripada DAP dipilih untuk menerajui portfolio wilayah persekutuan.
01:03Anakala PAS mendakwa langkah itu bertujuan mengukuhkan pengaruh DAP di kawasan bandar.
01:08Hailey Izati, FMT
Comments