Pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan perlu dinilai berdasarkan prestasi dan keupayaan mentadbir, bukan latar kaum atau agama.
Kenyataan itu dibuat Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan sebagai maklum balas terhadap kritikan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mempertikai pelantikan Hannah Yeoh ke jawatan berkenaan.
00:00Pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan perlu dinilai berdasarkan prestasi dan keupayaan mentadbir, bukan melihat latar kaum atau agama kerana ia adalah sentimen sempit yang memecah belahkan rakyat.
00:13Kenyataan itu dibuat Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan sebagai maklum balas terhadap kritikan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mempertikai pelantikan Hanahyuh kejawatan berkenaan.
00:23Menurutnya kenyataan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu lebih mencerminkan sentimen perkauman berbanding penilaian jujur terhadap pengalaman sebenar seorang pemimpin.
00:33Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan menyifatkan Hanah bukan calon uji kaji kerana beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang terbukti termasuk sebagai Menteri Belia dan Sukan.
00:44Sebagai Ahli Parlimen Segambut, Hanah dikenali dengan pendekatan turun padang serta membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama di kawasan bandar yang padat dan majmuk.
00:53Tambah kenyataan itu, sejarah politik negara memberi pengajaran yang pahit untuk ditelan iaitu status sebagai Melayu dan Muslim tidak menjadikan seseorang kebal daripada rasuah atau salah guna kuasa.
01:05Katanya cubaan menggambarkan hanya individu daripada kaum atau agama tertentu layak menjadi Menteri adalah naratif berbahaya, bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan.
01:15Bagi memastikan hak dan kepentingan orang Islam terus dipelihara, mereka turut menyatakan kesediaan bertindak sebagai rakan konstruktif kepada Menteri Wilayah Persekutuan.
Be the first to comment