Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dalam usaha memperluaskan capaian sokongan kemahiran kognitif dan keyakinan diri golongan kanak-kanak istimewa, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) merapatkan jurang kesedaran khususnya di luar bandar dengan mewujudkan Bilik Terapi Sensori Ronald Mcdonald (RMSR).
Transcript
00:00Dalam usaha memperluaskan capaian sokongan kemahiran kognitif dan keyakinan diri
00:05golongan kanak-kanak istimewa, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau RMHC Malaysia
00:10merapatkan jurang kesedaran khususnya di luar bandar
00:13dengan mewujudkan bilik terapi sensori Ronald McDonald.
00:18Pengurus besar RMHC Malaysia, Muhammad Nasri Muhammad Nordin berkata
00:22inisiatif RMSR yang dibangunkan RMHC Malaysia itu
00:26dilihat sebagai pendekatan proaktif dalam menyediakan ruang terapi berkualiti kepada keluarga
00:31yang sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pusat jagaan yang jauh dari kawasan mereka.
00:40RMSR di McDonald's Pandu Lalu, Tampin menjadi antara program inklusif paling memberi impak
00:47bagi keluarga di kawasan luar bandar.
00:51Menurut Muhammad Nasri, bilik terapi itu membantu pembelajaran
00:54serta perkembangan anak-anak istimewa
00:57terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar
01:01yang kurang mempunyai akses kepada kemudahan terapi khas.
01:05Jadi, kita tampil untuk bantu mengadakan bilik.
01:13Jadi, bila ada bilik ini adalah akses-akses daripada keluarga terutamanya macam kawasan macam ini.
01:18Akses datang sampai daripada Alu Gajah, bandar-bandar berhampiran.
01:23Yang mungkin di Alu Gajah tak ada.
01:25Kalau ada, kena bayar mahal.
01:26Jadi, RMHC tak mengadakan sebarang cas.
01:30RMHC Malaysia ini sebenarnya satu-satu yang turut memberi perhatian kepada anak-anak autism.
01:44Mengulas lanjut, Muhammad Nasri berkata,
01:46Sejak penubuhan pertama bilik terapi ini di Ibu Kota pada 1999, RMHC Malaysia kini memiliki 36 RMSR di seluruh negara.
01:59Dalam tempoh itu, katanya seramai 4,500 kanak-kanak istimewa mendapat manfaat bilik ini setiap tahun.
02:07Sementara itu, Pakar Terapi Cara Kerja RMHC Malaysia, Muhammad Yusuf Abdul Qadir berkata,
02:14Tujuan RMSR ditubuhkan bagi memberi rawatan berkesan kepada anak autistik khususnya.
02:20Kerana tidak semua sekolah atau pusat terapi menyediakan bilik seperti ini,
02:26berikutan kosnya yang terlalu mahal.
02:29Katanya, dengan pasukan profesional yang ada,
02:33menjadi satu kelebihan bukan sahaja kepada penduduk tampin,
02:36malahan masyarakat di daerah sekitar, termasuk negeri jiran, Melaka.
02:42Tambahnya, RSMR tampin istimewa memandangkan sesi terapi dikendalikan oleh juru pulih cara kerja bertahuliah
02:50bagi memastikan setiap intervensi menepati keperluan sensori kanak-kanak.
02:56Jelasnya, fokus intervensi kepada ibu bapa turut dibuat memandangkan mereka lebih dekat dengan anak-anak,
03:03sekaligus membantu mempercepat rangsangan perkembangan deria kanak-kanak.
03:09Melalui program ini, RMHC bukan sahaja menyediakan ruang terapi lengkap dengan stimulasi deria terkawal,
03:16lampu interaktif, sudut kaulan emosi dan permainan sentuhan,
03:21tetapi turut memastikan setiap bilik direka bersama pakar perkembangan kanak-kanak
03:27bagi memastikan ia memenuhi piawaian intervensi awal yang betul.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended