00:00Pas kuatir pelatikan dua pemimpin berbangsa China bagi portfolio wilayah persekutuan hanya pecaturan sengaja bagi mengukuhkan dominasi DAP di Kuala Lumpur maupun pusat bandar utama di negara ini.
00:12Ini selepas merubahkan jemaah menteri yang menyaksikan pelantikan Hanayu sebagai menteri wilayah persekutuan di Jabatan Perdana Menteri dan wakil rakyat Tawau Lo Sufui sebagai timbalan menteri di sebalik pengekalan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakomeng.
00:29Setia usaha agung Takiuddin Hassan mendakwa pemusatan kuasa strategik bandar di tangan pemimpin daripada latar belakang etnik dan parti yang sama dilihat bertujuan membolehkan sebuah parti membentuk dan mewarnakan dasar urban serta pengurusan tanah dan perumahan tanpa proses semak imbang berkesan dan telus.
00:48Katanya pemusatan kuasa sedemikian sudah pasti akan menimbulkan keresahan awam yang serius apatah lagi dengan adanya inisiatif kontroversi seperti cadangan akta pembangunan semula bandar yang dilihat berpotensi meminggirkan kelompok penduduk bandar tertentu, terutama orang Melayu dan kumpulan berpendapatan rendah termasuk risiko kehilangan hak milik mereka.
01:10Sebagai rekod, dua tahun lalu, pengurusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kouai menggesa kerajaan mengembalikan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.
Comments