Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Program ini bukan sahaja menumpukan kepada penambahbaikan kemudahan fizikal sekolah, malah mencerminkan komitmen DOSM dalam memastikan setiap murid mendapat akses kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau lokasi geografi.
Transcript
00:00Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM di bawah Kementerian Ekonomi terus memperkukuh peranannya dalam membangunan pendidikan negara menerusi pelaksanaan program Sekolah Angkat Madani selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang berteraskan pembangunan insan secara holistik.
00:14Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Fisikal Sekolah Angkat Madani DOSEM disempurnakan oleh Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mamat Uzir Mahidin di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar, Padi Isnin.
00:25Hadir sama Guru Besar Sekolah Perkenaan, Ismail Hussein.
00:29Antara lain pelaksanaan program ini bukan sahaja menumpukan kepada penambahbaikan kemudahan fizikal sekolah, malah mencerminkan komitmen DOSEM dalam memastikan setiap murid mendapat akses kepada persikitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti tanpa menyira latar belakang sosioekonomi atau lokasi geografi.
00:49Menurut Mohd Uzir, Pendekatan Sekolah Angkat Madani menuntut kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, pihak sekolah, komuniti setempat dan sektor korporat bagi memastikan intervensi pendidikan yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada murid.
01:04Dengan kebersamaan kita dengan sekolah yang bergerak ke arah pembelajaran digital, penggunaan robotik dan sebagainya dan keterujaan saya kepada sekolah Sungai Limau ini,
01:15dia ada kumpulan guru-guru, pengetua dan pelajar yang begitu bersemangat untuk membuat embracing ataupun adopt kepada teknologi.
01:24Dan walaupun mereka sebenarnya tidak didedahkan dalam bidang seseorang yang bidang IT, teknologi tapi dalam bidang agama, seorang ustad tetapi boleh membina application dan boleh melihat kehadapan pembelajaran sendiri dan sebagainya.
01:38Ini satu ciri-ciri yang agak cemenlang dan saya jangka anytime sekolah ini boleh menjadi satu perujukan kepada banyak sekolah lain dan telah pun berlaku sebenarnya.
01:46Antara projek fizikal yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau termasuk perolehan peralatan pembelajaran seperti penyediaan penyaman udara bagi ruang pembelajaran abad ke-21, PAK-21 serta sistem siaraya untuk kegunaan Dewan Sekolah.
02:05Selain itu, penambahbaikan turut melibatkan pembinaan pagar keselamatan dan penyediaan dataran permainan prasekolah yang mesra kanak-kanak.
02:13Sebagai agensi sekolah angkat, DOSEM bukan sahaja bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan program malah berperanan sebagai rakan strategik kepada pihak sekolah dalam membudayakan penggunaan data dalam pengurusan dan pemantauan pencapaian pendidikan.
02:28Melalui kepakaran dalam analitik data dan statistik, DOSEM turut menyokong pelaksanaan program literasi data, statistik dan digital kepada murid serta guru sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21 dan perkembangan teknologi kecedasan buatan.
02:44DOSEM turut berperanan merapatkan hubungan antara sekolah, komuniti dan sektor korporat melalui jaringan kolaborasi yang lebih tersusun merangkumi pelaksanaan bengkel, ceramah motivasi, pendidahan kerjaya serta aktiviti pembangunan sasya dan kepimpinan murid secara berterusan.
03:02Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended