Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pihak berkuasa di Gaza pada Isnin memberi amaran lebih banyak bangunan yang rosak akibat perang berisiko runtuh susulan hujan lebat yang melanda wilayah Palestin itu, ketika cuaca buruk turut menyukarkan usaha mengeluarkan mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan.
Transcript
00:00Pihak berkuasa di Gaza memberi amaran lebih banyak bangunan yang rusak akibat perang berisiko runtuh susulan hujan lebat yang melanda wilayah Palestine itu.
00:08Keadaan cuaca buruk itu turut menyukarkan usaha mengeluarkan mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan.
00:16Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya 12 orang terkorban selepas dua bangunan runtuh di Gaza ketika ribut kuat melanda kawasan berkenaan pada Jumat lalu.
00:27Cuaca ekstrim itu turut memusnahkan kema-kema pelarian menyebabkan banjir dan meragut nyawa akibat kesejukan melampau.
00:34Israel dan Hamas mencapai persetujuan gejata senjata pada Oktober selepas hampir dua tahun pengeboman dan operasi ketenteraan intensif namun agensi kemanusiaan menegaskan bantuan yang masuk ke Gaza masih terlalu sedikit.
00:49Hampir keseluruhan penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal dengan keadaan hidup yang semakin meruncing.
00:54Jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmud Basal menggesa komuniti antarabangsa menyediakan rumah muda alih dan karavan kepada rakyat Palestine
01:03menggantikan kemah yang tidak mampu melindungi mereka daripada hujan dan kesejukan.
01:09Pada masa sama, Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestine UNRWA,
01:15Filippe Lazarini pula menggesa supaya lebih banyak bantuan dibenarkan masuk ke Gaza tanpa kelewatan bagi mengelakkan risiko besar terhadap keluarga yang dipindahkan.
01:26Lazarini turut memaklumkan bekalan bantuan yang mencukupi untuk ratusan ribu penduduk telah menunggu selama berbulan-bulan untuk memasuki Gaza.
01:35Sekurang-kurangnya 300 ribu kemah baru diperlukan segera bagi kira-kira 1.5 juta penduduk yang masih dipindahkan
01:43memandangkan kebanyakan tempat pelindungan sedia ada sudah rosak atau diperbuat daripada bahan nipis.
01:49Pihak berkuasa Gaza turut memaklumkan sekitar 9,000 mayat masih tertimbus di bawah runtuhan akibat pengabuman Israel sepanjang perang.
01:57Namun kekurangan jentera perat melambatkan usaha mengeluarkan mangsa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended