00:00Tiga warga Jepun yang cuba menyeludup dadah jenis bunga ganja bernilai 4.2 juta ringgit ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada 18 November lalu.
00:14Pengarah Kastam JKDM KLIA Zulkifli Muhammad berkata dadah seberat 43.6 kilogram itu dirampas ketika tiga individu cuba memasuki negara ini melalui balai ketibaan antarabangsa Terminal 1 KLIA.
00:27Katanya Kastam mengesan penyeludupan selepas bagasi milik tiga warga Jepun itu diimbas.
00:34Pemeriksaan fizikal lanjut ke atas bagasi suspek menemui beberapa bungkusan plastik yang mengandungi tumbuhan disyaki dadah jenis bunga ganja.
00:42Bunga ganja berkenaan disorokkan di dalam bungkusan makanan kering di dalam enam bagasi milik semua suspek.
00:49Beliau berkata semua suspek dan barang kes diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan JKDM KLIA untuk siasatan lanjut.
00:56Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:02Orang ramai boleh membantu pihak JKDM memberangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.
Be the first to comment