Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu yang dijangka berlaku hingga esok.
00:00Baik dan di jam ini seperti biasa saya akan kongsikan perkembangan berapa mangsa banjir yang berada di negeri-negeri yang terlibat,
00:09berapa banyak pusat penempatan sementara ataupun PPS yang dibuka di negeri-negeri yang terjejas.
00:15Dan seperti biasa kita akan menggunakan skrin sesentuh untuk membawakan perkembangan terkini ataupun kemas kini setakat jam 8.09 malam tadi
00:24menerusi portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dan kalau kita lihat setakat jam 8.09 malam ini ada 30,541 mangsa daripada 9,831 keluarga
00:39yang ditempatkan di 323 PPS yang dibuka melibatkan 11 negeri terjejas banjir.
00:46Dan kalau kita lihat di sini antara negeri yang terjejas banjir dan merekodkan jumlah mangsa banjir yang paling ramai adalah di Selangor
00:55dengan jumlah 3,625 mangsa melibatkan 28 PPS yang dibuka dan mereka adalah datang dari 1,005 keluarga dan mereka berada di 5 daerah yang terjejas banjir.
01:09Ada juga di negeri Terengganu. Sebenarnya negeri Terengganu merekodkan mangsa paling ramai yang mana ada 9,123 daripada 2,799 keluarga
01:20yang ditempatkan di 121 PPS yang dibuka melibatkan 8 daerah.
01:25Ada juga kalau kita lihat di Kedah 3,409 mangsa daripada 1,028 keluarga yang ditempatkan di 23 PPS melibatkan 3 daerah.
01:37Dan Kelantan antara negeri yang difokuskan ketika musim banjir pada kali ini melibatkan 3,470 mangsa daripada 1,277 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS melibatkan 6 daerah yang terjejas banjir.
01:53Perak juga menyaksikan peningkatan mangsa banjir apabila ada 5,286 mangsa daripada 1,582 keluarga yang ditempatkan di 46 PPS yang dibuka melibatkan 6 daerah.
02:06Itu antara negeri-negeri yang terjejas banjir. Ada beberapa lagi negeri yang saya tidak sebutkan tetapi itu antara negeri-negeri yang merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai.
02:16Tetapi kita nak lihat juga kepada negeri Terengganu. Ini laporan yang saya bawakan untuk jam ini.
02:20Jabatan Meteorologi Malaysia, MAT Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu yang dijangka berlaku hingga esok.
02:31Ketua Pengarahmat Malaysia, Muhammad Hisham Muhammad Anib menerusi kenyataan pada Jumat berkata,
02:37beberapa daerah lain di negeri itu iaitu Besut, Setiu, Kuala Terus dan Hulu Terengganu selain kawasan Jerantut dan Kuantan di Pahang dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk.
02:48Sementara itu amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.
02:56Amaran sama juga dikeluarkan di Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Be the first to comment