Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya pegawai agensi itu mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan, Albert Tei ketika menjalankan tangkapan terhadap individu berkenaan.
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menafikan dakwaan kononya pegawai agensi itu
00:06mengacukan senjata ke Kepala Ahli Perniagaan Albert T. ketika menjalankan tangkapan terhadap individu berkenaan pada Jumaat.
00:13Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azambaki berkata, proses tangkapan yang dilakukan di rumah ahli perniagaan itu
00:20dijalankan mengikut prosedur operasi standar SOP ditetapkan.
00:24Azam berkata SPRM turut membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berunsur fitnah yang disebarkan.
00:35Katanya, laporan itu juga mengelakkan mana-mana pihak menyebarkan kenyataan tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan sedang dijalankan.
00:43Menurutnya, SPRM memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti siasatan Suruhanjaya berkenaan.
00:51Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dan memberikan ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan baik.
01:01SPRM dilaporkan menyerbu kediaman Albert di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi Jumaat.
01:07Peguam mewakili Albert, Mahajut Singh, menyefatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan pada Islin depan.
Be the first to comment