Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam salah laku dan rasuah termasuk Bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Transcript
00:00Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam salah laku dan rasuah termasuk bekas setiusah politiknya, Datuk Seri Syamsul Iskandar Mohamad Akin.
00:14Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadil berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri ketika mempengurusikan mesyuarat kabinet hari ini.
00:21Jumlah Menteri mengenai bekas setiusah politik beliau, Datuk Seri Syamsul Iskandar Mohamad Akin yang telah meletak jawatan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan bahawa beliau tidak akan melindungi mana-mana pihak, sesiapa pun sekiranya ada apa-apa aspek yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa termasuk pihak SPRM.
00:47Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengulangi kenyataan yang beliau telah buat di luar kepada Jumaat Menteri dan memberi peringatan kepada semua Jumaat Menteri untuk sentiasa memantau terutama pegawai-pegawai dan tidak akan dilindungi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang mungkin bersifat salah laku.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended