Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai, khususnya pengundi, supaya merancang pergerakan lebih awal, berhati-hati di jalan raya dan peka terhadap kemungkinan jalan licin, banjir kilat serta ribut petir.
Transcript
00:00Med Malaysia meramalkan cuaca tidak menentu dengan hujan di kebanyakan kawasan di Sabah pada hari mengundi pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17 pada Sabtu.
00:10Med Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan dijangka berlaku seawal pagi dan berterusan sehingga petang.
00:18Ia melibatkan beberapa daerah utama antaranya Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belut, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Papar.
00:30Keadaan sama turut di ramal melibatkan kawasan pedalaman dan pantai timur seperti Ranau, Telupit, Sandakan, Kinabatangan, Lahat Datu, Kunak, Semporna, Tawau, Kalabakan, Keningau, Buford, Tenom serta Sipitang.
00:47Sementara itu, beberapa daerah seperti Tongot, Nabawan dan Paitan diramal mengalami cuaca cerah pada waktu pagi namun berpotensi ribut petir dan hujan lebat pada sebelah petang.
00:58Med Malaysia menasihatkan orang ramai khususnya pengundi supaya merancang pergerakan lebih awal berhati-hati di jalan raya dan peka terhadap kemungkinan jalan licin, banjir kilat serta ribut petir.
01:10Ramalan cuaca itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Med Malaysia.
01:17Terima kasih.
01:17Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended