Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tujuh bulan selepas tragedi itu, Setia masih bergelut dengan nasibnya, terpaksa berlindung di sebuah garaj kereta yang diubah suai sebagai tempat tinggal sementara.
Transcript
00:00Esrawani sebelum ini menyiarkan kisah setia mutaib peniaga nasi lemak dari kampung Bobot Tempasuk, Kota Belut yang menjadi antara tarikan utama pelancong dan penduduk setempat.
00:12Namun di sebalik kisah inspirasinya itu, tersimpan sebuah luka lama yang masih dipendam.
00:18Kejadian kebakaran pada 28 April tahun ini yang memusnahkan rumahnya masih segar dalam ingatan seakan-akan baru berlaku di depan mata.
00:30Berkongsi kepada Esrawani setia berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, rumah pusaka peninggalan ibu bapanya musnah sekelip mata di jilat api.
00:58Tujuh bulan selepas tragedi itu, setia masih bergelut dengan nasibnya terpaksa berlindung di sebuah garaj kereta yang diubah suai sebagai tempat tinggal sementara.
01:10Ya kebetulan pula ada geres kereta kan. Geres kereta masa waktu kebakaran itu tempat akak letak kereta itu.
01:21Waktu kebakaran itu kira orang-orang YB lah, YB Arsyad lah.
01:26Dia ada membantu untuk dindingkan, untuk kami tinggal sementara lah.
01:32Tapi itulah kan di rumah itu bukannya memang untuk rumah kan sebab untuk geres.
01:37Jadi kita orang buat itu pun tak kukuh.
01:40Bila angin ribut dia bergoyang, akak duduk dalam itu pun memang rasa tak selamat lah.
01:47Bila hujan lebat air itu masuk kot dalam rumah kan.
01:52Mengimbau kejadian tersebut, setia berkata ketika itu beliau dan beberapa pekerja sedang memasak untuk berniaga.
01:59Salah seorang pekerja kemudian menyedari api mula marak di tingkat atas dipercayai akibat ditar pintas.
02:06Kebakaran berlaku terlalu cepat sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa dan terpaksa keluar sehelai sepinggang.
02:15Sebagai ibu tunggal, setia tetap memikul amanat arwah ibunya untuk menjaga kakak dan abangnya yang sudah warga emas.
02:22Di balik abu dan sisa runtuhan rumah yang pernah menaungi keluarganya, setia terus memanjatkan doa agar sebuah kediaman yang selamat dan kekal dapat didirikan.
02:34Akak mohonlah ada pihak-pihak yang tertentu yang wajiblah membantu akak untuk segerakanlah dapat rumah kan.
02:44Kalau boleh janganlah sampai lambat-lambat sampai tahun ke depan ke lagi-lagi.
02:48Kalau boleh akak nak minta sebab akak dah tentu-tentu memang dah tak ada rumah.
02:53Orang kata ah dia itu bisnes, berkemampuan boleh dapat rumah sendiri kan.
02:58Tapi orang tak tahu kita menyangka macam mana kan.
03:01Yang memang tak mampu lah nak dapatkan sebuah rumah.
03:06Akak ada tanggungjawab.
03:07Jaga kakak-akak, jaga abang-akak.
03:10Dua-dua itu warga emas.
03:11Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended