Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keanggotaan CPTPP membuka peluang lebih luas kepada profesional dan usahawan Malaysia untuk bersaing dan berkhidmat di negara ahli CPTPP.
Transcript
00:00Perjanjian komprehensif dan progresif bagi perkongsian transpesifik CPTPP terus menempatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik.
00:09Dengan kira-kira 33.1% daripada pelaburan langsung asing FDI negara datang daripada ekonomi ahli CPTPP.
00:19Menteri Pelaburan Pertagangan dan Industri, Tengku Datuk Sizafrul Abdul Aziz berkata,
00:23keanggotaan CPTPP membuka peluang lebih luas kepada profesional dan usahawan Malaysia.
00:29untuk bersaing dan berkhidmat di negara ahli CPTPP.
00:34Tegas beliau, CPTPP adalah pemangkin penting untuk melonjakkan Malaysia ke rantaian nilai global
00:41dan memanfaatkan negara sebagai hak pelaburan serta perdagangan ke ASEAN dan Indo-Pasifik.
00:47Keanggotaan CPTPP membolehkan Malaysia mengembangkan pasaran dengan akses Perjanjian Perdagangan Bebas, FDA,
00:54buat kali pertama keempat pasaran utama iaitu Kanada, Meksiko, Peru dan United Kingdom.
01:01Ini bermakna pengekspor tempatan bebas tarif bagi produk automotif, tekstil, minyak sawit dan produk elektrik serta elektronik bernilai tinggi.
01:10Usaha menghapuskan 99% tarif menjelang 2033 dijangka menjamin bekalan bahan penting lebih murah,
01:18termasuk bahan api dan jentera yang diperlukan oleh industri tempatan.
01:23Tengku Zafur berkata, CPTPP bukan sekadar perjanjian perdagangan,
01:28tetapi platform untuk mengungkuhkan kedudukan ekonomi Malaysia dalam dekad akan datang.
01:32Melalui hantaran DX pada Jumaat, beliau menyeru,
01:37semua pihak terus mengungkuhkan Malaysia sebagai hak utama dalam rantaian nilai berteknologi tinggi dan berasaskan perkhidmatan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended