Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sistem perbankan Malaysia terus mempamerkan keteguhan pada Oktober 2025 apabila Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan penampan mudah tunai yang selesa serta kualiti aset yang stabil, meskipun keadaan luar jangka global kekal mencabar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sistem perbankan Malaysia terus mempamerkan keteguhan pada Oktober 2025 apabila Bank Negara Malaysia BNM melaporkan penampan mudah tunai yang selesa serta kualiti aset yang stabil meskipun keadaan luar jangka global kekal mencabar.
00:15BNM dalam laporan sorotan bulanan yang memaklumkan likuiditi coverage ratio sektor perbankan kekal kukuh pada 145.5% manakala nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih masing-masing stabil pada 1.4% dan 0.9%.
00:34Liputan kerugian pinjaman juga berada pada paras berhemat 126.4% mencerminkan keupayaan bank untuk menyerap sebarang kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
00:46Dari segi pembiayaan, kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang 5.7% disokong pertumbuhan pinjaman mampan dalam kalangan perniagaan dan isi rumah.
00:56Pinjaman perniagaan meningkat 5.5% dipacu permintaan modal kerja lebih tinggi oleh syarikat bukan PKS manakala pinjaman isi rumah kekal stabil pada 5.7%.
01:08Bagaimanapun pertumbuhan bon korporat sederhana kepada 5.8% berbanding 7.3% pada September.
01:15BNM turut memaklumkan bahawa infasi keseluruhan turun sedikit kepada 1.3% daripada 1.5% didorong penurunan kos elektrik berikutan rebat serta harga bahan api yang lebih rendah.
01:29Infasi teras pula meningkat kecil kepada 2.2% berikutan hilangnya kesan asas tahun lalu dalam perkhidmatan komunikasi mudah alih bukan kerana tekanan permintaan baharu.
01:40Di peringkat luaran, perdagangan Malaysia terus memberikan rangsangan positif.
01:45Eksport melonjak 15.7% ditunjangi pertumbuhan kukuh 26.5% dalam sektor elektrik dan elektronik E&E.
01:55Import pula meningkat 11.2% sebahagian besarnya didorong pembelian barang modal berkaitan pelaburan pusat data.
02:02Lebihan dagangan kekal kukuh pada RM19 bilion sedikit rendah berbanding RM20.2 bilion pada bulan sebelumnya.
02:10BNM berkata pasaran kewangan global sepanjang Oktober dipengaruhi jangkaan pengurangan kadar dasar rezak Persekutuan Amerika Syarikat yang akhirnya diumumkan pada akhir bulan tersebut.
02:21Ringgit mengukuh 0.5% berbanding dolar Amerika Syarikat, manakala hasil sekuriti kerajaan Malaysia 10 tahun naik tipis empat mata asas.
02:30Sementara itu, FBM KLCI susut 0.2% seiring pengambilan untung oleh pelabur bukan pemastautin.
02:37Sementara itu, FBM KLCI susut 0.5% berbanding dolar Amerika Syarikat, manakala hasil sekuriti kerajaan Malaysia 10 tahun naik tipis empat mata asas.
02:39Sementara itu, FBM KLCI susut 0.5% berbanding dolar Amerika Syarikat, manakala hasil sekuriti kerajaan Malaysia 10 tahun naik tipis empat mata asas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended