Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Hutang Kerajaan Persekutuan naik kepada lebih satu trilion tiga ratus empat bilion ringgit setakat Jun 2025, kata MOF dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Transcript
00:00Anda sedang menonton niaga awal ni bersama saya, San Rahim.
00:02Tutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada lebih RM1,304,000,000 setakat Jun 2025 berbanding RM1,248,000,000 pada akhir 2024.
00:15Kementerian Kewangan MOF berkata kenaikan ini disebabkan keperluan membiayai defisit fiskal dan juga perbelanjaan pembangunan.
00:22Liabiliti Kerajaan turut meningkat kepada lebih RM390,000,000,000, merangkumi jaminan kewangan sebanyak lebih RM237,000,000,000, dan liabiliti lain lebih RM153,000,000,000.
00:38MOF berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Syah Alam Azli Yusof pada Khamis.
00:43Tambahnya, walaupun hutang naik, kerajaan mencatat kemajuan dalam penyatuan fiskal dengan defisit menurun daripada 6.4% daripada KDNK pada 2021, diunjurkan 3.8% pada 2025.
00:58Tambahnya, Belanjawan 2026 menyasarkan defisit 3.5% dan mengekalkan nisbah hutang kepada KDNK di bawah 60%.
01:08Pinjaman kerajaan digunakan secara berhemah untuk projek strategik dalam infrastruktur pendidikan kesihatan dan pelindungan sosial bagi merancakkan pertumbuhan jangka panjang.
01:20Bagi mengurus hutang kerajaan meneruskan penyatuan fiskal, peluasan asas hasil dari pengoptimuman pembelanjaan awam melalui subsidi bersasar dan rasionalisasi bahan api.
01:30Jumlah jaminan kerajaan setakat Jun 2025 kekal pada lebih RM424.7 bilion atau 21% daripada KDNK di bawah hat 25%.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended