Singapura menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan Malaysia, khususnya menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS–SEZ) yang dijangka mampu menarik pelaburan bernilai berbilion dolar.
00:00Singapura menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan Malaysia, khususnya menerusi pelaksanaan zon ekonomi khas Cohor Singapura, JSSEZ, yang dijangka mampu menarik pelaburan bernilai berpilihan dolar.
00:13Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrish dan berkata projek JSSEV menjadi keutamaan kerana potensinya dalam menjana peluang pekerjaan, memperkukuh infrastruktur serta meransang pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana PKS di kedua-dua negara dalam rantaian nilai global.
00:33Menurut Dr. Vivian, Singapura menjadi antara pelabur utama di Malaysia dan ingin memperluaskan lagi kerjasama berkenaan.
00:39Katanya JSSEZ merupakan projek paling ketara dan berpotensi menarik pelaburan besar, mencipta lebih banyak pekerjaan, mempercepat pembangunan infrastruktur dan membuka pelbagai peluang ekonomi.
00:51Beliau menjelaskan ia merupakan projek yang memberi manfaat bersama.
00:55Mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi yang sebelum ini menyuarakan harapan agar Johor menerima lebih banyak manfaat daripada kerjasama ini,
01:02Dr. Vivian mengakui bahawa rakyat Johor mahukan pelaksanaan segera JSSEZ serta penyempurnaan projek rapid transit sistem RTS mengikut jadual.
01:14Menurut Dr. Vivian, kerajaan Singapura dan Johor akan bertemu awal Zember ini dengan banyak perkara akan dibincangkan.
01:20Dr. Vivian turut menekankan bahawa kerjasama ekonomi ini penting bukan sahaja dari sudut pelaburan,
01:25tetapi juga sebagai strategi bersama untuk menghadapi cabaran global dan menyesuaikan diri dengan perubahan landscape ekonomi dunia.
01:31Katanya jika ahli politik benar-benar memberi tumpuan kepada realiti kehidupan rakyat,
01:37mereka akan sedar bahawa keutamaan rakyat ialah pekerjaan, pendapatan yang stabil, peluang pendidikan dan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
01:47Sehubungan itu jelas beliau kedua-dua pihak perlu bekerjasama dalam dan pada masa yang sama
01:52menengani isu-isu yang boleh memecah belahkan atau menjejaskan hubungan dua halal.
01:57Beliau kekal optimis dan percaya pada potensi kerjasama berkenaan.
Be the first to comment