00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan setiausaha politik kanannya Syamsul Iskandar Muhammad Akin
00:06dan mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau sepanjang memegang jawatan itu.
00:12Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa suruhan jaya perjagaan rasuah Malaysia bebas menjalankan siasatan segera
00:18tanpa campur tangan luar dan kerajaan madani, kekal teguh pada prinsip ketelusan
00:23serta integriti dengan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.
00:28Beliau berkata demikian, susulan gesaan Perikatan Nasional agar SPRM menjalankan siasatan segera ke atas Syamsul
00:36dan menentusahkan dawaan terhadap pemimpin PKR itu.
00:41Ketua WIPPN, Takyuddin Hassan berkata kegagalan untuk menyiasat perkara itu akan membawa implikasi besar
00:47yang berpotensi menjejaskan inisiatif dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan politik wang.
00:54Syamsul semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha politik kanan kepada Anwar
01:00dengan alasan wujudnya cubaan menyerangnya melalui kontroversi yang menurutnya boleh memberi kesan negatif kepada imej kerajaan.
01:09Sebelum ini, bekas ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menerima kritikan kerana menulis surat sokongan
01:15bagi sebuah projek hospital yang turut menyebabkan beliau ditegur oleh Anwar
01:19kerana peraturan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran surat sedemikian.
01:24Berikutan pengumuman peletakan jawatannya, Melissa kini memetik dawaan Albert Tate
01:29bahawa beliau membelanjakan RM629,000 untuk Syamsul
01:35termasuk kerja-kerja pengubah suaian bagi hartanah yang dikaitkan dengan pemimpin PKR itu
01:41serta cerut premium dan sud tempahan khas.
01:44Hayli Izzati, FNT
Comments