00:00Mahkamah Tinggi bertindak betul apabila memerintahkan Ahli Parlimen Muah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
00:06membela diri terhadap tuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan
00:09membuktikan segala elemen kesalahan pada penutupan kes, Mahkamah Persekutuan diberitahu.
00:16Timbalan pendakwa raya Wan Syaharuddin Waladin dalam perhujahannya berkata
00:20panel Mahkamah Rayuan telah tersilap apabila menyatakan pembelaan Syed Saddiq tidak sepatutnya dipanggil.
00:26Pihak pendakwaan berusaha mengembalikan sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
00:32ke atas bekas Ketua Pemuda Bersatu itu dua tahun lalu.
00:37Pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Syed Saddiq
00:42daripada pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewangan harta
00:47dan pergubahan wang berjumlah RM1.12 juta milik Pemuda Bersatu.
00:52Mahkamah seterusnya membatalkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta
00:59dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2023 ke atas bekas Menteri Kabinet itu.
01:06Hakim Norin Badaruddin yang menyampaikan keputusan itu berkata,
01:10Hakim perbicaraan telah gagal untuk menilai pembelaan Syed Saddiq
01:14dan tersilap menganggapnya sebagai penafian semata-mata dan suatu fikiran terkemudian.
01:22Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments