Penyandang DUN Kukusan Rina Jainal menegaskan beliau bertanding bebas bagi menawarkan diri untuk terus berkhidmat kepada rakyat walaupun cuba dihalang bekas partinya, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).
00:00Penyandang don kukusan Rina Jainal menegaskan beliau bertanding bebas bagi menawarkan diri untuk terus berkhidmat kepada rakyat walaupun cuba dihalang bekas partinya Parti Harapan Rakyat Sabah.
00:12Mula mewakili kawasan itu sejak 2020 atas tiket warisan, Rina berkata cabaran kecil dilalui akibat tindakan tidak profesional oleh parti sebelum penamaan calon tidak mematahkan semangatnya,
00:24malah menguatkan azam lebih-lebih lagi selepas mendapat sokongan padu pengundi.
00:29Ini memang sangat mengejutkan ketika itu kan sebab kita tidak menyangka dan kita pun telah diberi satu green light yang kita akan dicalonkan di bawah tiket JRS pada masa itulah.
00:42Dalam masa begitu singkat saya harus memilih tetapi dengan sokongannya rakyat di bawah, jentera saya yang sangat padu, saya sahut cabaran itu dan saya memilih tiket bebas.
00:53Rina sebelum itu digantung keahlian oleh PHRS yang menurut setiausaha agungnya Kristi Cokli Lui kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menjejaskan reputasi parti di Kukusan.
01:08Apa yang saya kesali berpunca daripada fitnah dan lontaran yang tidak berasas lah, tuduhan-tuduhan yang diberikan kepada saya pada termasuk mengatakan saya ada masalah disiplin dan sebagainya, bagi saya adalah satu tindakan yang sangat tidak bermaruah daripada sebuah parti.
01:27Rina turut mendedahkan ada menerima tawaran daripada parti lain tetapi menolaknya kerana ketika itu beliau masih berharap isu dalaman parti dapat diselesaikan.
01:36Memang beberapa tawaran untuk saya keluar daripada parti ini tetapi saya tidak rasa benda ini sepilihan yang baik untuk saya dan bagi saya memilih bebas untuk bertanding bukanlah disebabkan kita ingin menang sangat-sangat menang tetapi lebih kepada menyahut sokongan rakyat di bawah yang mahukan kita bertanding.
01:59Rina berdepan pertandingan 10 penjuru pada PRN ke-17 termasuk Samsia Usman yang dipertaruhkan PHRS untuk mewakili GRS.
Be the first to comment