Ketua Bersatu Terengganu Razali Idris menggesa semua ahli dan pemimpin parti menghentikan pertelingkahan dalaman serta menumpukan perhatian kepada PRN Sabah yang disifatkannya sebagai penting bagi Perikatan Nasional (PN).
00:00Ketua Bersatu Terengganu, Razali Idris, menggesa semua ahli dan pemimpin parti menghentikan pertelingkahan dalaman serta menumpukan perhatian kepada PRN Sabah yang disifatkannya sebagai penting bagi Perikatan Nasional.
00:14Razali berkata perbalahan dan serangan sesama sendiri hanya akan memburukkan imej parti serta menjejaskan peluang PN menguasai semula kerajaan Sabah.
00:23Beliau menegaskan bahawa tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Sabah ketika mengulas gesaan Bersatu Dungun baru-baru ini supaya Presiden Muhyiddin Asim berehat dan setiausaha agung Azmin Ali digugurkan sesulang pertikaian terbuka dalam parti.
00:40Pada 20 Oktober lalu, Bersatu Dungun meluluskan tiga usul utama termasuk menyarankan Muhyiddin berehat, Azmin melepaskan jawatan dan menggantikan Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz dengan individu yang lebih proaktif.
00:57Bagaimanapun, Razali menjelaskan bahawa pihaknya belum menerima penjelasan rasmi berhubung usul itu dan menegaskan hanya usul yang dibawa melalui saluran sah mengikut perlembagaan parti boleh diterima.
Be the first to comment