Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Kementerian Pertahanan Turkiye memaklumkan masih terlalu awal untuk menentukan punca nahas pesawat kargo tentera jenis C-130 yang terhempas di Georgia pada Selasa lalu, mengorbankan 20 anggota tentera, insiden yang dianggap sebagai tragedi ketenteraan paling buruk sejak tahun 2020.
Transcript
00:00Kementerian Pertahanan Turki memaklumkan masih terlalu awal untuk menentukan punca nahas pesawat kargo tentera jenis C-130 yang terhempas di Georgia pada selasa lalu, mengorbankan 20 anggota tentera.
00:13Pesawat berkenaan berlepas dari Azerbaijan menuju ke Turki sebelum terhempas ketika dalam penerbangan pulang.
00:21Dalam sidang media berkhamis, Kementerian Itud menjelaskan bahawa laporan rasmi siasatan nahas akan didedahkan selepas siasatan teknikal selesai.
00:29Menurut Kementerian, pesawat tersebut tidak membawa sebarang muatan peluru atau bahan letupan, manakala kotak hitam pesawat kini berada di Ankara untuk dianalisis termasuk perakam data penerbangan FDR dan perakam suara kokpit CVR.
00:43Pesawat itu membawa 10 anggota pasukan penyelenggaraan jet pejuang F-16 yang menyertai sambutan Hari Kemenangan di Azerbaijan bersama kru penerbangan serta peralatan penyelenggaraan.
00:54Panggilan radio terakhir pesawat diterima kira-kira 40 minit sebelum nahas berlaku.
01:01Pesawat yang terhempas itu dibeli daripada Arab Saudi pada 2012 dan mula beroperasi pada 2022 selepas melalui proses pemodenan.
01:09Sejak itu pesawat berkenaan digunakan secara tetap dan diservis secara berkala dengan penyelenggaraan terakhir dilakukan sebulan sebelum insiden.
01:19Sebagai langkah keselamatan, Kementerian turut maklumkan bahawa semua penerbangan pesawat C-130 milik Turkiye kini digantung sementara sehingga proses pemeriksaan menyeluruh selesai.
01:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended