00:00Hanya rumah tidak berpenghuni di Kampung Jalan Papan akan dirobohkan hari ini
00:05bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula,
00:09kata Adun Pandamaran, Leong Tak Chi.
00:13Beliau berkata persetujuan dicapai susulan perbincangan
00:16dengan timbalan Ketua Polis Kelang Selatan, Kamal Arifin Aman Shah
00:21dan polis memberi jaminan kepada penduduk rumah mereka tidak akan dirobohkan.
00:27Tambahnya penduduk tidak membantah pembangunan semula
00:31tetapi menegaskan mereka berhak menerima pampasan yang adil terlebih dahulu
00:36dan hanya bersedia berpindah selepas menerima tanah atau bayaran
00:40yang setakat ini masih belum diterima.
00:43Terdahulu penduduk merayu Menteri Besar Selangor Aymeruddin Syari campur tangan
00:48menghentikan perubohan rumah mereka pada 26 dan 27 Oktober lalu.
00:54Persatuan Penduduk Jalan Papan Pandamaran dalam memorandumnya
00:59meminta Amiruddin melaksanakan keputusan Majlis Tindakan di Ekonomi Selangor pada 2018
01:04yang menetapkan penduduk perlu ditawarkan rumah baru terlebih dahulu.
01:09Zahra Al-Alam, Yai Syahir, FMT
Comments