Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Razali Razi telah menggariskan pencapaian utama kerajaan Sabah yang diterajui GRS dalam usaha mendapatkan kembali hak-hak negeri Borneo itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
00:00Setia Usaha Agong Parti Gagasan Rakyat Sabah, Razali Razi, telah menggariskan pencapaian utama Kerajaan Sabah yang diterajui GRS dalam usaha mendapatkan kembali hak-hak Negeri Borneo itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
00:15Razali berkata, terdapat 11 pencapaian besar yang dicapai oleh Pentadmiran Haji Jinor melalui rundingan rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.
00:24Razali berkata, antara pencapaian terbesar ialah pengambil alihan kuasa kawal selia bekalan gas Sabah daripada Syarikat Minyak dan Gas Negara, Petronas, yang beliau sifatkan sebagai penanda aras terbesar selepas MA63.
00:38Beliau juga menyebut mengenai pegangan ekuiti 25% SMJ Energi Sendirian Berhad dalam Petronas PFLNG 3 Sendirian Berhad yang dimuktamadkan minggu lalu dan semakan berterusan ke atas formula perkongsian hasil minyak dan gas.
00:55Razali berkata pencapaian-pencapaian ini membuktikan bahawa Kerajaan GRS bukan sekadar bercakap di pentas ceramah tetapi telah menunaikan janji untuk mempertahankan hak-hak Sabah.
Be the first to comment