Skip to playerSkip to main content
Episod 1053 My #QuranTime 2.0 Jumaat 31 Oktober 2025 Surah Al-Kahf (18: 82-83) Halaman 302

Layari laman web kami www.myqurantime.org untuk tonton semula video-video My #QuranTime 2.0 & sertai WhatsApp Channel My #QuranTime: https://bit.ly/MQTWAC.

Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah Al-Kahf ayat 82-83 halaman 302 ini adalah:
* Hikmah di sebalik kisah pembinaan dinding oleh Nabi Khidir (82)
* Kisah Zulkarnain sebagai pemimpin beriman dan adil (83)

Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 82-83 halaman 302:
* Memelihara dan santuni anak yatim sebagai penuhi syariat Islam (82)
* Sentiasa mendoakan zuriat agar istiqamah dalam kebaikan (82)
* Jadi pemimpin beriman yang gunakan kuasa untuk menegakkan keadilan (83)

Untuk menonton episod sebelum ini, sila klik di link berikut:
YouTube: https://bit.ly/mqt2youtube

Untuk informasi terkini sila Like, Komen laman-laman rasmi kami:
https://linktr.ee/myqurantime

Sumbangan Tabung Gerakan al-Quran boleh disalurkan ke akaun MAYBANK: 5642 7653 8528 rujukan: Tabung Quran atau melalui InfaqPay untuk sumbangan automatik setiap bulan (https://infaqpay.my/go/warisanummahikhlasfoundation)

Dapatkan buku-buku Nota My #QuranTime secara online di: https://myqurantime.org/merchandise/ atau Whatsapp 019-229 7227 (Isnin-Jumaat 9pg-5ptg).

My #QuranTime
#QuranSolatInfak
World #QuranHour

Category

📚
Learning
Transcript
00:00What is the difference in a person?
00:29Sebenarnya, ia ada potensi untuk diperpanjangkan buat sekalian yang lain.
00:37Ikuti perbincangan daripada soalan ini menerusi ayat yang ke-82 dan ayat yang ke-83 daripada Suratul Kahfi.
00:45Teruskan bersama dengan My Quran Time, Quran, Salat Infa.
00:59Selamat menikmati.
01:29Selamat menikmati.
01:59Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
02:29Dilihat sebelum daripadanya.
02:31Namun sebelum kita pergi lebih jauh, Alhamdulillah, tadi kita telahpun mendengar suara lunak yang tak lenta bukan daripada sahabat Qari kita iaitulah Al-Fadhil Ustaz Tirmidhi Ali.
02:42Apa khabar, Ustaz?
02:43Baik, Alhamdulillah.
02:44Hari ini bajunya nampak istimewa.
02:46Kalau dia pun jarang-jarang Ustaz pakai ni rasanya.
02:48Ada rasa blok ni.
02:49Masya Allah.
02:50So itulah Ustaz Tirmidhi Ali yang sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sekadar orang kata mencukupkan quorum tapi bagi diri saya, kalau tak ada Ustaz Tirmidhi Ali di sini, perbincangan kita ini akan terasa kekurangannya sebab yang lebih bernilai daripada suara saya, yang lebih bernilai daripada bicara saya ialah bicara Allah yang sering dialunkan oleh Al-Fadhil Ustaz Tirmidhi Ali.
03:13Dan kita juga Alhamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat kan kita punya rakan istiqamah kita di studio yang tak pernah orang kata bosan ataupun rasa berputus asa untuk terus bersama-sama dengan siaran kita.
03:27Setiap kali kita bersiaran datang ke studio daripada pelbagai pelusuk tempat mereka semata-mata untuk mendengarkan sendiri bicara secara langsung di studio kita ini dan kita harapkan mudah-mudahan dengan kehadiran tetamu-tamu kita daripada rakan istiqamah.
03:43Dan kalau tuan-tuan yang berkeinginan untuk bersama-sama pada masa akan datang, ianya akan menambahkan lagi keberkatan dan rahmat daripada sisi Allah.
03:50Manilah sama-sama kita mulakan ia dengan doa ringkas kita terlebih dahulu.
03:54Subhanaka la ilmalana illa ma'allamtana innaka antal alimul hakim wala hawla wala quwata illa billahil alimul azim.
04:03Dan untuk kita memulakan bicara kita juga pada hari ini seperti mana hari-hari yang lain adalah sama-sama kita merenungi terlebih dahulu sinopsis-sinopsis yang kita sediakan untuk bicara dua ayat daripada suratul kahfi ini.
04:15Iaitulah daripada ayat yang pertama, ayat yang ke-82 kita nak melihat nanti insyaAllah hikmah.
04:21Disebalik daripada pembinaan kembali dinding oleh Nabi Hadir setelah ia diruntuhkan oleh masyarakat di tempat yang mereka lalui.
04:31Dan yang keduanya kita nak menyentuh sedikit tentang seorang lelaki hebat yang berjaya menakluk timur dan juga barat.
04:39Siapakah dia Zulkarnain yang merupakan pemimpin yang beriman lagi adil dan apa kaitan dengan pengkisahan yang sebelum daripadanya.
04:49Hari ini daripada sinopsis yang telahpun kita dengarkan tadi, kita pasti nak memulakan bicara kita juga.
04:55Kalau tanpa kita mendengarkan bacaan menyeluruh bagi ayat-ayat yang kita nak bincangkan, terasa banyak kurangnya, saya serahkan untuk Ustaz Tirmidhi Ali mendahulukan perbincangan kita bagi pembacaan kedua-dua ayat ini. Silakan Ustaz.
05:13Terima kasih Fadil Dr. Syafsu di atas penerangan awal dan terus memberi kesegaran kepada kita untuk kita berfikir tentang ayat-ayat Allah SWT melihat tanda-tanda kebesaran.
05:23Masya Allah. Jadi baju Dr. pun cantik juga.
05:28Tenggelam. Lampu itu tenggelam jadi.
05:30Allah Allah. Masya Allah.
05:31Alhamdulillah dan geruk istiqamah yang sentiasa berwarna-warni.
05:37Masya Allah dan penonton-penonton di rumah yang semangat.
05:40Baik, kita hari ini dua ayat sahaja.
05:42Walaupun suruh Al-Kaf ini kadang-kadang rasa macam tinggi dia punya.
05:46Kisahnya pelik-pelik kot kadang-kadang kita nak faham.
05:48Tapi dengan bahasa pentadabur kita, Ustaz Fazul, Dr. Samsu dan juga ulangkaji kita.
05:53Sebenarnya memberi kita kemudahan untuk faham.
05:55Maknanya menandakan Al-Quran, kita tak boleh faham dengan baca Quran dan terjemahan semata-mata.
06:00Kemudian kita tutup Quran, kita buat kepahaman sendiri.
06:02Tak boleh. Tak boleh sangat-sangat. Bahaya.
06:05Jadi biarlah kita belajar sehingga kita boleh faham walaupun kita bukanlah orang ahli di bidang itu.
06:12Tapi kita boleh belajar, kita ambil pengajaran-pengajaran setelah dikupas secara masak dan lumaklah oleh pentadabur kita.
06:20Sekarang kita boleh amalkan dalam kehidupan kita dengan catat-catat nota yang dicatat oleh semua para penonton sekian.
06:26Kita dengar dulu dua ayat 82 dan 83.
06:30A'udhu bilham syaitanil wajib.
06:31Terima kasih telah menonton!
07:01Terima kasih telah menonton!
07:31Terima kasih telah menonton!
08:01Salakallahul A'zim, hari ni meskipun ayatnya mungkin lebih sedikit pendek berbanding bicara semalam kan Ustaz?
08:30Betul, betul.
08:30Tapi jujurnya, kalau kita nanti melihat macam mana perbincangan-perbincangan yang boleh kita ambil daripada ayat ini nanti, ianya sememangnya adalah merupakan perbincangan yang panjang lebar, saya kira lebih panjang daripada bicara semalam.
08:44Namun begitu, mari lah sama-sama kita lihat potongan yang pertama daripada ayat yang pertama, iaitulah ayat yang ke-82, iaitulah potongannya,
08:52Apa yang dilihat oleh Nabi Musa, satu ketika sebelum daripada penjelasan ini diberikan, bagaimana Hezir telahpun mengusahakan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak masyarakat, kehendak umum.
09:09Sedangkan kaedah yang kita biasa gunakan daripada kaedah-kaedah fiqah, kemaslahatan umum itu didahulukan berbanding dengan kemaslahatan individu ataupun kumpulan yang lebih kecil.
09:22Ini antara asas-asas fiqah yang utama.
09:26Namun begitu, apa yang Allah berkehendak kadangkala berbeza daripada kehendak kebanyakan dan pastilah kehendak Allah itulah yang diutamakan.
09:35Kerana dibalik daripada kehendak Allah Ta'ala itu, itulah yang terbaik sebenarnya untuk semua.
09:42Apa yang dilihat daripada bangunan yang dibina kembali oleh Hezir pada ketika itu, sebenarnya ada sesuatu yang tersimpan di bawahnya.
09:50Ada rahsia yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa.
09:55Namun terlebih dahulu, Allah menisbahkan dinding itu bukan untuk sesiapa.
10:02Sebaliknya, Allah sememangnya mentaktirkan terdirinya dinding itu sebelum daripada ini adalah untuk pemeliharaan Allah ke atas golongan yang lemah.
10:13Dalam konteks ayat ini, siapakah di golongan yang lemah tersebut?
10:18Iaitulah dua orang anak kecil yang mana kedua-duanya adalah merupakan anak yatim.
10:25Ini pelajaran yang pertama yang saya nak bawakan.
10:27Terutamanya kepada adik-adik kita, anak-anak yatim yang hari ini mungkin merasa dirinya serba kekurangan.
10:35Dirinya tidak ada ayah untuk membela dirinya.
10:38Tidak ada ibu yang akan mempertahankannya.
10:41Tetapi kalau diambil pelajarannya di sini, bagi mereka yang ditakdirkan Allah hidup dalam kelemahan ini,
10:48sentiasa yakinlah ada pembela yang utama iaitulah Allah.
10:53Jangan pernah berputus asa dengan kehidupan.
10:56Kita berehat seketika.
10:57Teruskan bersama dengan My Quran Time, Quran, Salat Infa.
11:00Teruskan bersama dengan My Quran.
11:30Teruskan bersama dengan My Quran.
12:00Teruskan bersama dengan My Quran.
12:30Teruskan bersama dengan My Quran.
13:00Teruskan bersama dengan My Quran.
13:30Teruskan bersama dengan My Quran.
14:00Untuk memahamkan diri kita makna disebaliknya, pasti ada keindahan sesuai dengan keindahan yang kita dengar sebentar tadi daripada alunan bacaan Al-Quran.
14:08Di mana fokus yang kedua setelah kita mengetahui Allah yang menjadi pembela kepada anak yatim.
14:16Dia menetapkan inilah takdir yang terindah untuk keduanya.
14:20Namun begitu, penyusunan yang diusahkan oleh masyarakat tersebut dan diusahakan untuk dibina kembali oleh hadir.
14:33Ianya bukan berada di tempat yang lain.
14:35Ianya bukan berada di tempat yang lain.
14:37Apa pentingnya kalimah bandar itu diketengahkan di sini?
14:41Ianya seolah-olah memberikan bayangan bahawasanya cara fikir, cara tindak orang bandar tak sama di tempat yang lain.
14:49Apa yang kita biasa hadap daripada kehidupan masyarakat di bandar?
14:53Minta maaf, bukan kesemuanya begitu tetapi kita tidak boleh menafikan cara fikir orang bandar dengan keterdasarkan hidup.
15:02Yang dikatakan keperluan hidup di bandar kebiasaannya lebih berkehendak kepada keperluan yang lebih tinggi.
15:09Maka kebiasaan yang terkesan daripada kehidupan yang sebegitu iaitulah cara fikir orang bandar lebih bersifat materialistik.
15:18Iaitulah kebendaan.
15:20Ini adalah perkara yang ada kemungkinan ia juga terjangkit dalam diri kita yang hidup di bandar-bandar.
15:27Pastikan ini satu perkara yang mudah-mudahan kita terdidik, terawat dengan didikan Al-Quran terjauh daripada sikap tersebut.
15:36Di mana disebutkan selepas daripada tersebut,
15:39Di bawah dinding yang ingin dirobohkan oleh masyarakat pada ketika itu,
15:47ianya terkandung perkara yang sebebangnya menjadi buah fikir masyarakat bandar.
15:53Apa dia?
15:54Harta, harta, harta.
15:57Dan itulah yang berada di bawah dinding tersebut.
15:59Di bawah daripada dinding tersebut,
16:04tersimpannya harta bagi kedua-dua anak ini.
16:10Subhanallah.
16:11Bayangkan, andai kata,
16:13apa yang dirobohkan oleh masyarakat pada seawal daripada peristiwa yang terlihat oleh Hader dan juga Musa pada ketika itu,
16:19ianya bukan sekadar runtuhan yang biasa,
16:22tetapi ianya pasti mendatangkan kemudaratan yang Allah hendak pelihara daripada seawal masanya.
16:29Allah telah menyediakan pembelaan untuk anak yatim ini.
16:32Keperluan mereka itu telahpun tersedia daripada penjagaan Allah,
16:36iaitulah harta yang tersorok di bawah dinding tersebut.
16:39Dan agak-agaknya,
16:41apa yang membuatkan dinding itu diberikan perintahnya kepada Hader
16:47untuk dibina kembali bagi tujuan pemeliharaan harta untuk anak yatim satu ketika nanti
16:52untuk mereka perolehinya,
16:55disebutkan yang ketiga bagi perbincangan untuk ayat ini,
16:59Wa kana abuhuma saliha.
17:03Jujurnya, bila kita dengar ayat ini,
17:05diri kita sebagai seorang ayah sangat-sangat tersentuh.
17:09Kita mungkin kita katakan,
17:11untuk apa saya menjadi seorang yang salih?
17:14Ataupun adakah salih itu hanya bermanfaat untuk diri saya?
17:18Terpulanglah pada diri saya,
17:20nak jadi orang baik ataupun tidak.
17:23Tetapi kalau kita mempelajari berkenaan tentang didikan,
17:27pembinaan legasi kehidupan,
17:30ia bukan bicara individu,
17:32ia bicara untuk masyarakat seluruhnya,
17:34menilai bersama.
17:36Kepentingan seseorang itu menjadikan dirinya orang salih,
17:40lebih-lebih lagi pada diri seorang ayah
17:43yang kita tahu dirinya lah merupakan
17:46pengemudi bahtera kehidupan sesebuah keluarga.
17:51Kalau sang ayah tidak mencontohkan dirinya
17:53sebagai contoh keperibadian yang salih,
17:57ia pasti akan terbekas kepada pasangannya,
18:00istrinya,
18:01untuk juga memilih jalan yang lain
18:03daripada jalan kesalahatan seorang wanita,
18:06anaknya yang melihat corak hidup ibu dan ayahnya,
18:08yang tidak mencerminkan kesalahan,
18:11agar-agar apa yang akan mereka turuti
18:13daripada jalan hidup tersebut.
18:15Maka di sini bila mana Allah sebutkan,
18:17وَكَانَ أَبُّهُمَا صَالِحَا
18:20adalah bapa bagi kedua anak yatim yang beruntung ini,
18:25mereka memiliki seorang ayah yang salih.
18:28Kita bagaimana?
18:29Adakah telah capai kesalahan kita?
18:31Sebenarnya bukan semata-mata untuk diri kita
18:34yang ingin menempa syurga Allah.
18:36Tetapi yang patut sama-sama lebih kita bimbangkan,
18:39iaitulah apa nasib anak-anak yang satu ketika nanti
18:42kita pasti akan meninggalkan mereka.
18:44Siapa yang akan menjadi penjamin bagi pemeliharaan mereka?
18:49Adakah masyarakat yang satu ketika nanti
18:51kita sudah membayangkan dalam dunia hari ini pun
18:53yang lebih dititikberatkan oleh mereka
18:56ialah apa yang berhubung dengan kepentingan-kepentingan
18:59keduniaan mereka itu didahulukan.
19:01Apa nasib anak yatim yang akan ditinggalkan nanti
19:05melainkan jaminan yang terawal diberikan oleh Allah
19:08andai kata pada diri seorang ayah itu
19:12terkandung kesalihan
19:13insyaAllah.
19:15Apa yang bakal ditinggalkan daripada zuriat-zuriatnya itu
19:18ditinggalkan dalam keadaan tiada kerisauan
19:21kerana keyakinannya
19:22apa yang telah ditunaikan daripada hak Allah
19:25pasti Allah akan menunaikan hak dirinya
19:27dijaga zuriatnya
19:29dibangunkan legasi kebaikannya
19:31sehinggalah ia dapat diperturunkan
19:33bukan setakat satu generasi
19:35bahkan bergenerasi
19:37insyaAllah.
19:38Maka daripada kesolehan seorang ayah inilah
19:41Allah menyatakan
19:42Apa faedah yang pertama terhadap diri
19:51anak-anak yang ayahnya orang salih?
19:54Subhanallah tuan-tuan
19:55Iaitulah
19:56kalau kita lihat
19:58bagi kesalehan diri kita
19:59ya
20:00ada dua perkara yang disebutkan oleh baginda Nabi
20:03contohnya bagi orang yang memelihara kesalehan
20:05dalam menjaga hubungan
20:07sesama manusia
20:08iaitulah siltur rahim
20:09mereka akan dimurahkan rezeki
20:11dan akan dipanjangkan usianya
20:13rupa-rupanya
20:15kesalehan manusia yang lebih luas kontaknya
20:17ia bukan hanya diperuntukkan
20:19buat diri yang berlaku salih tadi semata-mata
20:22tetapi ianya
20:23insyaAllah akan dapat diperpanjangkan kepada zuriatnya
20:28disitulah Allah menyebutkan
20:29fa'ara darabuka ayyablu'wa asyuddahuma
20:33maka Tuhanmu mengkehendaki
20:36agar kedua-duanya sampai cukup umur dewasanya
20:40maksudnya faedah yang pertama yang diperolehi oleh anak-anak yang
20:44ibu ayahnya
20:45ayahnya secara khusus orang yang salih
20:47panjang usia anak-anak ni
20:49kita sendiri apa harapan kita
20:52harapan kita mudah-mudahan
20:53Allah panjangkan usia anak kita
20:55Allah panjangkan usia zuriat kita
20:58agar kebaikan diri kita tak terhenti
21:00buat diri kita
21:01sebaliknya ia dapat dilangsungkan seterusnya
21:04untuk generasi yang berikutnya
21:06memperpanjangkan kebaikan tersebut
21:07yang terhampirnya sudah tentu
21:09anak-anak kita yang kita harapkan dapat menyambung legasi tersebut
21:13maka mulakan kesalehan itu
21:15dengan diri kita
21:16pasti selepas daripada itu
21:18Tuhan akan memberikan ganjarannya
21:21bukan sekadar kebaikan untuk diri
21:23tetapi anak-anak kita
21:25akan panjang umurnya
21:27sihat sejahtera
21:28insyaAllah
21:29ini yang perlu kita perhatikan bersama
21:32ada lagi perbincangan yang menanti selepas daripada ini
21:34namun terlebih dahulu mari sama-sama kita lihat
21:37perkataan pilihan kita hari ini
21:39iaitulah kalimah kanzun
21:41yang berasal daripada kalimah kanaza
21:44di mana dalam perbincangan hari ini
21:47kita dapat melihat ia terkandung kepada
21:49ayat yang 82
21:51yang baru kita bacakan sebentar tadi
21:53daripada firman Allah
21:54wa kana tahtahu kanzullahuma
21:58dan adalah di bawah daripada dinding tersebut
22:02terdapatnya harta bagi kedua anak yatim tersebut
22:05kalimah kanzun bermaksud apa dia tuan-tuan
22:07ianya bermaksud perbendaharaan
22:10khazanah
22:11harta simpanan
22:13ataupun daripada kata kerja kanaza
22:15ia bermaksud
22:17menyimpan
22:18yakni menimbun
22:19dalam Al-Quran
22:20kalimah ini telah disebutkan
22:22sebanyak berapa kali
22:239 kali
22:24keseluruhannya disebutkan dalam Al-Quran
22:26maka di antara surah-surah yang mengandungi perkataan ini
22:29ialah surah tu taubah
22:31ayat yang ke-34
22:33ini ayat yang merupakan amaran
22:35bagi orang-orang yang menyimpan harta
22:37tidak mahu mengeluarkan zakat
22:39ada amaran yang datang daripada sisi Allah
22:41boleh sama-sama rujuk pada ayat tersebut
22:43diikuti dengan surah Hud
22:45ayat yang ke-12
22:46dan surah tulqasas
22:47ayat yang ke-76
22:49ini 3 ayat yang kita datangkan
22:51selain daripada tempat yang ke-4
22:53surah yang sedang kita bacakan sekarang
22:55ada bagi 5 lagi tempat yang lain
22:58jom sama-sama kita buat kerja rumah kita
23:00carikan untuk kami di sini
23:03pautkan dalam komen
23:05tuan-tuan juga puan-puan
23:06dalam media-media sosial kita
23:09berikan ulasan di sana
23:10dimanakah 5 lagi tempat
23:12yang mengandungi kalimah
23:14kanaza ini
23:15ataupun kanzon
23:16jom
23:16sama-sama kita cari kebaikan dalam Al-Quran
23:19menerusi pencarian kita ini
23:20kita berehat seketika
23:22teruskan bersama dengan MyQuran Time
23:25Quran Salat Infa
23:27sesibuk mana pun
23:39kita mesti luangkan masa bersama Al-Quran
23:42cara mudah
23:42jom
23:43join era
23:44kita tonton bersama
23:45MyQuran Time
23:46setiap hari
23:47jam 12.30
23:48selamat menikmati
24:18selamat menikmati
24:48selamat menikmati
24:50selamat menikmati
25:18repit ataupun mengulangi
25:20balik dosa tu
25:21so
25:21menyesal
25:22tinggal
25:23azam
25:23tapi kalau dosa tu
25:24melibatkan dengan manusia
25:26maka waktu tu
25:27kita kena
25:28kalau dia melibatkan harta
25:29yang dia zalimi
25:30kita kena pulang balik
25:31contoh
25:31kalau kita pernah tipu orang
25:33dalam bak pelaburan
25:34tak ramai pun
25:35dalam 500 orang
25:37kena pergi cari
25:38balik orang tu
25:39minta maaf dengan dia
25:40pulangkan balik
25:41jangan kurang
25:41satu simpun
25:42daripada harta yang kita
25:43pernah tipu dia
25:44tu penting tu
25:45bukan bukan
25:46maksudnya
25:46taubat
25:47taubat ni takpe
25:48yang tipu-tipu takpe
25:49yang penting pergi masjid
25:50tarawih 23 rakan
25:51ataupun doa pada Allah
25:53tahajud
25:53lekuk-lekuk
25:54lantai apa semua
25:55sebab apa
25:55punya banyak tahajud kan
25:56tak bermakna
25:57disi Allah
25:58kalau kita
25:58subhanallah
26:10walhamdulillah
26:13subhanallah
26:16walhamdulillah
26:19walau ilaha
26:22illallah
26:24allahu akbar
26:28walau hawla
26:31walau kuwa
26:33illa billahi
26:36al-alil azim
26:39alhamdulillah
26:45kita kembali
26:45my quran time
26:46quran
26:46solat dan infat
26:48bersama-sama
26:48kita belajar lagi
26:49sebab dan musabak
26:51mungkin
26:52apa ni
26:53apa yang telah dilakukan
26:55mungkin bertentangan
26:57ataupun kita
26:57kefahaman kita
26:59rasa macam lain
26:59dan sebagainya
27:00sebab itulah
27:01dalam pengajian-pengajian
27:02dia adalah
27:03tahap-tahap dia
27:04dan sebagainya
27:05perlu kita bersabar
27:06untuk melihat
27:07hikmah di sebaliknya
27:09dan sebagainya
27:10pun tak boleh
27:10kita tengok
27:11zahir macam itu
27:12sebab ada
27:13tu doktor
27:14mengatakan
27:15bahawa saya
27:16tidak akan
27:17melakukan kesilapan
27:18yang telah dibuat
27:19oleh Nabi Musa
27:20dan
27:21bukti bahawa
27:23kita boleh
27:24melanggar syariah
27:25dia mengambil
27:26kita pun
27:27risau juga
27:28jangan
27:29silakan
27:30antara itu
27:31antara itu lah
27:31kita katakan tadi
27:32apapun
27:33perbincangan kita
27:34tentang Al-Quran
27:35ia tidak boleh
27:36ditafsir
27:37mengikut rasa-rasa
27:38ataupun
27:39sekadar pendapat
27:40pendapat peribadi
27:41seperti mana kita
27:42memberikan
27:42ulasan-ulasan
27:43terhadap
27:44senario
27:44keadaan dunia
27:45semasa
27:46kalau begitu
27:47tidak ada masalahnya
27:48tetapi yang masalah
27:49kalau bukan
27:50sesuatu yang kita
27:51mengetahui
27:52tentangnya
27:53tak lain tak bukan
27:54ia itulah
27:54apa yang datang
27:55daripada kalam Allah
27:56yang sudah tentu
27:57Allah dan juga
27:58Rasulnya lebih
27:59mengetahui akannya
28:00maka hendalah
28:01kita berlaku
28:01bijaksana
28:02dalam kita
28:03memperkatakan
28:04sesuatu
28:05ia itulah
28:05jangan
28:06berkatakan
28:07sesuatu yang
28:07tidak kita
28:08mengetahui
28:09tentangnya
28:10disinilah kita
28:11dapat lihat
28:11dalam ayat yang
28:12ke-82
28:13pencerahan-pencerahan
28:14yang diberikan
28:15sememangnya
28:16menunjukkan
28:17bahawasanya
28:18perlakuan
28:18hadir itu
28:19sudahpun
28:20ditentukan
28:20tidak menyalahi
28:22syariat
28:22sama sekali
28:23kerana
28:24ianya telahpun
28:25diperakui
28:26sendiri oleh
28:27Allah
28:27akan kebenarannya
28:28sehinggalah
28:29kita dapat lihat
28:30tadi
28:30bahawasanya
28:31Allah sendiri
28:32telahpun
28:32menzahirkan
28:33daripada
28:34apa yang telahpun
28:35dilakukan oleh
28:36hadir sebelum
28:37daripada ini
28:37ianya
28:38sememangnya
28:39datang daripada
28:40kehendak
28:41Allah
28:41itu sendiri
28:42ia berbeza
28:43dengan dawaan
28:44sebahagian
28:44daripada manusia
28:45yang mungkin
28:46hanya menggunakan
28:47kesempatan-kesempatan
28:49kefahaman manusia
28:50yang singkat
28:51terhadap
28:51ayat ini
28:52lalu
28:52dia menggunakan
28:53ia sebagai
28:54dalil
28:54konon-kononnya
28:55untuk
28:56membenarkan
28:57dirinya
28:57melakukan
28:58sesuatu yang
28:59bersalahan
28:59dengan syarak
29:00konon-kononnya
29:01apa yang ditunjukkan
29:02daripada kesalahan
29:03tersebut
29:04hanya dirinya
29:05yang lebih mengetahui
29:06berbanding
29:06sekalian orang lain
29:07itu adalah
29:09merupakan
29:09perbuatan yang
29:10sememangnya
29:11menyalahi syariat
29:12apa yang dilakukan
29:14tidak ada sesiapa
29:15yang memperakui
29:16akannya
29:17berbeza daripada
29:18tindakan
29:18hadir
29:19setiap daripada
29:20perlakuannya
29:21ada sandaran
29:22yang telahpun
29:23diperakui
29:24sendiri oleh
29:25Allah
29:25dengan
29:26keterangan
29:27yang sejelas ini
29:28bukan semata-mata
29:29ia diperlakukan
29:30sebegitu sahaja
29:31tetapi
29:32Allah sendiri
29:33yang telahpun
29:34berkehendak
29:34ianya berlaku
29:35disinilah yang telah
29:36kita lihat dalam
29:37potongan ayat
29:38yang terakhir tadi
29:38Allah
29:39berhajat
29:40ataupun
29:41Allah berkehendak
29:42dalam keadaan ini
29:43untuk memperpanjangkan
29:45usia
29:45kedua anak yatim
29:47tadi dengan
29:47tujuannya apa dia
29:48wayastakhrijakan
29:51zahuma
29:51sampailah
29:52kedua anak yatim
29:54itu tadi
29:54tuan-tuan
29:55berupaya untuk
29:56mengeluarkan
29:57sendiri
29:58harta mereka
29:59yang tersembunyi
30:00daripada dinding
30:00tersebut
30:01itu merupakan
30:02perencanaan
30:03yang lebih
30:04diketahui oleh
30:05Allah
30:05bagaimana
30:06ia boleh berlaku
30:07sedemikian rupa
30:07Wallahualam
30:09tetapi
30:09Allah memberikan
30:10jaminan
30:11kedua anak
30:12ini nanti
30:13bila mana
30:13mereka itu
30:14membesar
30:15adalah
30:16lorongan-lorongan
30:17yang dibuat
30:18oleh Allah
30:18dengan terkeluarnya
30:20satu ketika nanti
30:21harta yang
30:22sememangnya
30:23dirujuk
30:24milik
30:24bagi kedua
30:25anak yatim
30:26tadi
30:27disinilah
30:28kita dapat
30:28lihat
30:29dalam satu
30:30bentuk
30:30yang lain
30:30iaitulah
30:31pengurusan
30:32harta
30:32anak yatim
30:33yang kalau kita
30:34lihat
30:34perbincangannya
30:35sememangnya
30:36telahpun ada
30:36dalam ayat
30:38yang keenam
30:38surah
30:39An-Nisa
30:39yang pernah
30:40kita bincangkan
30:41bagi anak-anak
30:42yang hendak
30:43kita serahkan
30:43harta mereka
30:44perlulah
30:45sampai kepada
30:46mereka itu
30:47usia yang
30:48memungkinkan
30:49mereka itu
30:49mampu untuk
30:50mengurus
30:50kewangannya
30:51sendiri
30:52kita bayangkan
30:53kalau kita berikan
30:54kepada anak-anak
30:55yang belum memiliki
30:55kematangan
30:56untuk mengurus
30:57harta mereka
30:58sendiri
30:59akibatnya
31:00rasanya rumah
31:01kita nanti
31:02kalau tak penuh
31:03dengan jajan-jajan
31:04pasti penuh
31:05dengan coklat
31:06semata-mata
31:06apa yang menjadi
31:07keinginan
31:08kanak-kanak
31:08dalam dunia
31:09hari ini
31:09apa yang lebih
31:10penting
31:11untuk mereka
31:11dahulukan
31:12perbelanjaan
31:13tersebut
31:13pasti akan
31:14ditiadakan
31:15daripada
31:16buku-buku
31:16sekolah
31:17mereka
31:17daripada
31:18pakaian-pakaian
31:18keperluan-keperluan
31:19hidup mereka
31:20pasti itu
31:21akan berlaku
31:21kecacatan
31:22dalam pengurusan
31:23kewangan
31:23lantaran itulah
31:24penting bagi seorang
31:25anak itu
31:26Allah lanjutkan
31:28usianya
31:28untuk sampai kepada
31:30mereka boleh berfikir
31:31bagaimana untuk
31:32menguruskan
31:32harta mereka
31:33inilah yang kita
31:34harapkan pada
31:35anak-anak kita
31:36Allah panjangkan
31:37usia mereka itu
31:38sampai mereka itu
31:39diberikan kematangan
31:40untuk mengurus
31:41diri mereka sendiri
31:42tetapi yang menarik
31:44lagi tuan-tuan
31:45perkara yang kelima
31:46daripada perbincangan
31:47hari ini
31:47iaitulah
31:48Allah sebut
31:49semua itu
31:50bukan berlaku
31:51tanpa
31:52apa-apa
31:53sebab yang
31:54mendahuluinya
31:55melainkan
31:56dalam potongan
31:57yang berikutnya
31:58Allah menyatakan
31:58rahmatam mirrabiq
32:01apa yang Allah
32:01susun
32:02apa yang Allah
32:03berkehendak
32:03daripada pengaturannya
32:05ini
32:05ianya ada
32:06sebab
32:07ada alasan
32:08yang mendahului
32:09pengaturan tersebut
32:10ianya hadir
32:11dengan rahmat
32:12daripada sisi Allah
32:13dan rahmat
32:14daripada sisi Allah itu
32:16kita telah lihat tadi
32:17sebab yang
32:18mendahuluinya juga
32:19iaitulah
32:20kesolehan
32:21seorang
32:22bapa
32:22yang menghadirkan
32:24rahmat Allah
32:24buat dirinya
32:25iaitulah
32:26dipelihara
32:27zuriat-zuriatnya
32:28bukan takat
32:29dipanjangkan usianya
32:31disediakan
32:32keperluan hidup dia
32:34subhanallah
32:34kalau tanya pada
32:35ibu dan ayah kita
32:36pada hari ini
32:37tuan-tuan kan
32:38apa yang paling
32:39dirisaukan
32:39tentang anak-anak
32:41tambah-tambah
32:41dalam dunia yang
32:42semakin mencabar
32:43daripada hari ke hari
32:44bagaimana
32:45anak saya
32:46nak hidup dengan
32:47keperluan masa depan
32:48duit semakin
32:49susut nilainya
32:51kesukaran untuk
32:52mendapatkan
32:53pendapatannya
32:54hilangkan
32:55kerisauan-kerisauan
32:56tersebut
32:57dengan
32:57laksanakan terlebih dahulu
32:59tanggungjawab kita
33:00terutamanya kepada
33:01Allah
33:01dan sekalian
33:03tanggungjawab yang lain
33:04insya Allah
33:05tak kalah mana
33:06turunnya rahmat
33:07daripada Allah
33:08ia akan
33:09mengangkat segala
33:10kerisauan-kerisauan
33:11kita di dunia
33:12dan setelah kita
33:13kembali kepada
33:14Allah nanti
33:15kita juga
33:15tak pernah bimbang
33:16bagi kehidupan
33:18diri kita dan juga
33:19anak-anak kita yang
33:20dirahmati oleh Allah
33:21seperti mana
33:22Allah merahmati
33:22kehidupan kita pada
33:23hari ini
33:24setiap yang kita
33:25perlukan
33:26Allah sentiasa
33:27menghadirkan
33:28ia sebagai
33:28kecukupan
33:29untuk kita
33:30sudah tentu
33:31rezeki anak kita
33:32yang datang
33:32daripada rahmat Allah
33:33pasti akan
33:34disempurnakan
33:35kita berhenti
33:36seketika untuk
33:37perbincangan kita
33:38tetapi
33:38kita masih lagi
33:39ada
33:39seluat
33:40kita selekuh tajam
33:42bersama dengan
33:43Ustaz Tirmizi
33:44terlebih dahulu
33:44silakan Ustaz
33:45baik kita
33:48lihat
33:48ayat yang
33:49ke-83
33:50ayat terakhirlah
33:52bagi muka surat
33:53302
33:53jom kita
33:54sama-sama
33:55baca dulu
33:55wa yas'alunaka
34:00an zilqarnayin
34:061-2
34:08wa yas'alunaka
34:11an zilqarnayin
34:17wa yas'alunaka
34:19wa yas'alunaka
34:21an zilqarnayin
34:23wa yas'alunaka
34:25huruf ayn
34:55itu selepas
34:56selepas daripada
34:56sebelumnya
34:57ada huruf
34:57kaf
34:58yang berbaris
34:59di atas
34:59ka'a
35:00ka'a
35:01wa yas'alunaka
35:04an zilqarnayin
35:08wa yas'alunaka
35:12an zilqarnayin
35:16kemudian
35:17ada sedikit
35:17gunah di situ
35:18nun bertemu huruf
35:19zal
35:20hukumnya
35:20apa kat situ
35:21hukumnya
35:22ikhfa'
35:23kita sembunyikan
35:24nun mati itu
35:25dia punya
35:26makhrasnya
35:27di sisi
35:28huruf zal
35:29an zi
35:31an zi
35:33begitu bunyi
35:34kemudian
35:35al qarnayin
35:38al qarnayin
35:41pertama
35:41dua-dua tebal
35:42qar
35:43qar
35:45zilqar
35:47zilqar
35:49tebal
35:50qar
35:50r
35:51dan huruf ra
35:53ada sifat tawassud
35:54lin umar
35:55huruf tawassud
35:56yang mana
35:57dia ada
35:58suara itu
35:58dilepaskan sedikit
35:59zilqar
36:02zilqar
36:04tebal satu
36:05kemudian
36:07suara ra
36:07jangan
36:08qar
36:08qar
36:09bunyi tebal
36:11tapi ra
36:11tak
36:11tak
36:12tak sempurna
36:13sifat
36:13qar
36:13qar
36:15kemudian
36:16nain
36:18nain
36:19ya mati
36:20biar je lah
36:21jangan
36:21nain
36:22qarnayin
36:23tak boleh
36:24qarnayin
36:25qarnayin
36:26ya bunyi
36:27ya yang mati
36:27wa yas'alunaka
36:30an zilqarnayin
36:35ha
36:35wa yas'alunaka
36:38an zilqarnayin
36:43bos
36:43qul sa'atlu
36:45alaikum
36:47minhu
36:49zikra
36:50zikra
36:58zikra
36:59zikra
37:01zikra
37:02zikr
37:03tak boleh
37:03zik
37:03angin sikit
37:04zikra
37:06zikra
37:07masha'allah
37:08masha'allah
37:08terbaik
37:09aku pula
37:09isi
37:10qamah
37:10studio
37:10dan penonton-penonton
37:11di rumah
37:12yang sudah
37:12pastinya
37:13inginkan
37:15bacaan
37:16yang kita kata
37:16berpengaruh
37:17yang berkesan
37:18sudah pastilah
37:19daripada
37:19kita punya
37:20tadabur
37:21kita insya'allah
37:22dengan dibantu
37:22lidah yang
37:23fahsih
37:23insya'allah
37:24kita berada ketika
37:25kembali selepas ini
37:26ada kesimpulan
37:28insya'allah
37:29daripada
37:29dr. samsu
37:30wakas time
37:31ku'an
37:31sholat
37:32la'ifah
37:32selamat menikmati
38:02selamat menikmati
38:32mimpi
38:48kalau yang
38:49menceritakan
38:50tentang mimpi
38:51itu adalah
38:51orang-orang
38:52yang mungkin
38:52tidak dilihat
38:53sebagai pembawa
38:54mesej agama
38:55mungkin tidak
38:56menjadi isu
38:56tetapi
38:57bagi orang-orang
38:57yang
38:58orang kata
38:59apa
38:59nampak
39:01kredibiliti
39:02sebagai seorang
39:03penyampaian
39:04ilmu agama
39:04yang mempunyai
39:05followers
39:06ataupun
39:07pengikut yang
39:07banyak
39:07kalau
39:08isi kandungan
39:10penyampaian itu
39:12banyak tergantung
39:12kepada mimpi
39:13dan sebagainya
39:14maka saya rasa
39:15itu kurang wajar
39:16sebab
39:17mimpi bukan
39:18satu sumber syarak
39:19kalaulah
39:19kalau mimpi itu
39:20datang dengan
39:21konten
39:22ataupun
39:22isi
39:23yang
39:24mana
39:24ia bersesuaian
39:25dengan syarak
39:26maka
39:27seseorang itu
39:28haruslah
39:29melakukan
39:30satu-satu
39:30tindakan
39:31berdasarkan
39:31arahan syarak
39:32bukan berdasarkan
39:33arahan mimpi
39:33itu sebab
39:35mimpi semua orang
39:35boleh klaim
39:36kalau
39:37orang
39:38klaim
39:39kata
39:39aku mimpi
39:40saya mimpi
39:40ini
39:41nabi pesan
39:41ini
39:42dan sebagainya
39:42jadi susah
39:45agar
39:46kembali bersiaran
39:57bersama dengan
39:58My Quran Time
39:58kita meneruskan
39:59perbincangan kita
40:00untuk baki ayatnya
40:01masih lagi berbaki
40:02ini yang kita sebutkan
40:03tadi
40:04Ustaz Termizi
40:04nampak macam
40:06ayat itu pendek
40:07daripada ayat semalam
40:08tetapi
40:08kupasannya
40:09sebenarnya
40:09lebih mendalam
40:10kerana setiap satu
40:11daripada
40:12ayat-ayat Allah
40:13sememangnya
40:14mengandungi
40:14pengajaran-pengajaran
40:15yang banyak
40:16untuk sama-sama
40:17kita amalkan
40:18dalam hidup kita
40:19bicara ayat 82 pun
40:20masih lagi
40:21belum berakhir
40:22dimana setelah
40:23daripada penjelasan
40:24yang diberikan
40:25oleh
40:26Hidir sebentar tadi
40:28beliau menutup
40:29penjelasan tersebut
40:30dengan
40:31وَمَا فَعَلْتُهُ
40:33عَنْ أَمْرِ
40:34tidaklah apa yang
40:35telah aku lakukan
40:35itu daripada
40:36pilihan urusanku
40:38sebaliknya
40:39seperti mana yang telah
40:40pun dijelaskan
40:40dalam frasa
40:41yang sebelum daripada itu
40:43kesemuanya datang
40:44daripada kehendak
40:45daripada Allah
40:46walaupun
40:47semalam kita telah pun
40:48melihat
40:49salah satu daripada
40:50adab
40:50berbicara tentang Allah
40:52apa yang
40:53baik itu
40:54ianya disandarkan
40:55kepada Allah
40:56untuk perkara
40:57yang kita lihat
40:58perkara yang ketiga
40:59iaitulah
41:00membangunkan
41:01kembali dinding
41:02yang tidak
41:02melibatkan
41:03kita kata
41:04penyalahgunaan
41:06kuasa
41:06ataupun
41:07melakukan sesuatu
41:08yang dilihat
41:09bertentangan
41:09dengan secara
41:10syarak
41:11secara langsung
41:11seperti mana yang telah
41:13kita lihat
41:13merosakkan kapal
41:14ataupun
41:15kita kata
41:16membunuh
41:16kanak-kanak
41:17itu yang dilihat
41:18lebih
41:18berbentuk jenayah
41:20berbanding dengan
41:21mendirikan
41:21semula dinding
41:22ia lebih
41:23dilihat
41:23lunak
41:24berbanding dengan
41:25dua yang
41:25asal tadi
41:26maka apa yang
41:27datang daripada
41:28dua kisah
41:29sebelum
41:30lagi pada ini
41:30kita tidak melihat
41:32semua perkara
41:33yang dua tadi itu
41:34disandarkan kepada
41:35Allah
41:35sebaliknya
41:36ia disandarkan
41:37kepada perbuatan
41:38hidir itu sendiri
41:39tetapi
41:40bila mana
41:41ia merujuk
41:41kepada perbuatan
41:42yang ketiga
41:43ianya barulah
41:44disandarkan
41:45kepada Allah
41:46mengajarkan
41:46kepada kita
41:47bahawasanya
41:48yang sebaik
41:49daripada bicara
41:50kita menyandarkan
41:51apa yang baik
41:52itu kepada
41:53Allah
41:53apa yang buruk
41:54itu ia datang
41:55daripada kelemahan
41:56diri kita
41:57walaupun
41:57masing-masing
41:58mengetahui
41:58hakikatnya
41:59semua perkara itu
42:00hanya berlaku
42:01dengan izin
42:02daripada Allah
42:02apatah lagi
42:03dalam konteks
42:04hidir di sini
42:05ianya berlaku
42:06kerana perintah
42:06daripada sisi Allah
42:08subhanahu wa ta'ala
42:09maka
42:10bila mana disebutkan
42:11perkara itu adalah
42:12daripada
42:12urusan pilihan
42:14yang
42:15ditentukan oleh
42:16Allah
42:16bukan urusan
42:17pilihan dirinya
42:18maka disitulah
42:19terjelaslah
42:20kondisi
42:21bahawasanya
42:22apa yang dilihat
42:22oleh Nabi Musa
42:23sebelum daripada ini
42:25dan disangkakan
42:25ianya keburukan
42:27sebenarnya
42:27ada sesuatu
42:28yang terselit
42:29disebalik
42:30daripada
42:30peristiwa-peristiwa
42:31itu tadi
42:32dan kiranya
42:33cerita
42:34penjelasan
42:35sudahpun selesai
42:36lantaran itulah
42:37diakhir
42:38daripada
42:39ayat
42:39yang ke-82
42:40kalau kita
42:41perhatikan
42:42disebutkan
42:43berbeza
42:49dengan
42:49ayat
42:50yang ke-78
42:51iaitulah
42:52kalimah
42:58tas-taq
42:59dengan tas-taq
43:01nampak
43:02seperti mana
43:03ada perbezaan
43:04walaupun
43:04dalam terjemahan
43:05kita
43:06ianya bermaksud
43:07apa yang
43:08kamu mampu
43:09lalu
43:10kenapa ada
43:11perbezaan
43:11daripada sudut
43:12perkataan ini
43:13walaupun
43:14kedua-nya
43:14membawa maksud
43:15yang sama
43:16antara pencerahan
43:17yang diberikan
43:18oleh ulamak
43:19tersir
43:19yang menekuni
43:20akan perkara ini
43:21ada pun
43:22yang dikatakan
43:23ketidakupayaan
43:24yang pertama itu
43:25melibatkan
43:26penceritaan
43:27yang akan berlangsung
43:29lebih panjang
43:30lantaran itulah
43:31selepas daripada
43:32ayat 78
43:33yang disebutkan
43:34ianya memuatkan
43:35penjelasan
43:36yang panjang
43:37lebar
43:37maka
43:38kesesuaian
43:39untuk kemampuan itu
43:40diperpanjangkan
43:41sebutannya
43:42menunjukkan
43:43kemampuan itu
43:44adalah sesuatu
43:45yang melibatkan
43:46keupayaan
43:47yang panjang
43:48untuk
43:49ditekuni
43:50setiap daripada
43:51peristiwa-peristiwa
43:52yang berlaku
43:53dan ia memerlukan
43:54kemampuan yang lebih
43:56tetapi
43:57setelah daripada
43:58semua penjelasan itu
43:59telahpun diberikan
44:00ibaratnya
44:01tutup buku
44:02dah tak ada
44:03apa-apa lagi
44:03yang perlu
44:04untuk diperjelaskan
44:06pada waktu itu
44:07maka
44:07keupayaan itu
44:08tak perlu
44:09diperpanjangkan
44:10berpada
44:11dengan perkataan
44:12yang seringkas
44:13difahami
44:14kemampuan
44:15itulah kemampuan
44:16kamu
44:16dikurangkan
44:17satu daripada
44:18kalimah
44:19ataupun huruf
44:20yang terkandung
44:20pada kalimah
44:21yang sebelum
44:21daripadanya
44:22iaitulah
44:23dibuang kalimah
44:24tak bagi menunjukkan
44:25itulah bicara
44:26yang tak perlu
44:27lagi
44:28diperpanjangkan
44:30melainkan
44:31ditegaskan
44:32di hujung ayat tersebut
44:33sebenarnya
44:34kemampuan manusia itu
44:35ianya
44:36bukan daripada
44:37kemampuan
44:38kekuatan-kekuatan
44:39fizikal yang biasa
44:40kemampuan manusia itu
44:42sebenarnya
44:43terletak pada
44:43satu kunci yang penting
44:45iaitulah
44:46sabrah
44:47nak ada
44:48kemampuan yang tinggi
44:49nak ada
44:50kemampuan yang hebat
44:51jadilah orang
44:52yang sabar
44:53tutup cerita
44:54peristiwa
44:55yang ketiga
44:56yang dirakamkan
44:57oleh
44:57suratul kafi
44:58kita lihat
45:00ayat
45:00yang terakhir
45:01bagi bicara hari ini
45:02ayat yang
45:03ke-83
45:04nak dengar
45:05suara yang
45:06dah sunyi lama
45:07itu
45:07Ustaz Terimizi
45:08tolong bacakan
45:09untuk saya
45:10ayat 83
45:10untuk kita
45:11kupas lagi
45:12insyaAllah
45:12baik kita lihat
45:13ayat yang ke-83
45:15sebagai
45:15ayat yang terakhirlah
45:16bagi muka surat ini
45:17kepertihan
45:18Dhulqarnain
45:20insyaAllah
45:21yang luar biasa juga
45:22insyaAllah
45:22wa'alaikum
45:23wa'alaikum
45:25yasalunaka
45:27yasalunaka
45:28yasalunaka
45:29yasalunaka
45:45yasalunaka
45:46yasalunaka
45:48yasalunaka
45:49yasalunaka
45:50yasalunaka
45:51yasalunaka
45:53yasalunaka
45:58yasalunaka
46:00And they ask you about the two generations
46:20Salakallahul Azim.
46:36Allah menceritakan dalam ayat yang ke-83 dan mereka bertanya kepada Muhammad tentang Zulqarnain.
46:43Katakanlah akan aku bacakan kepadamu kisahnya.
46:47Inilah merupakan kisah yang keempat yang dimuatkan dalam surah Al-Kahfi yang disebutkan temanya adalah tema berkenaan tentang ujian kekuasaan yang Allah SWT pasti menguji sebahagian manusia dengannya.
47:04Dan kita diberikan panduan bagaimana untuk mengurus kekuasaan.
47:07Kekuasaan yang tak terurus pasti mendatangkan mudarat, akan berlakunya kezaliman, akan berlakunya penindasan.
47:13Maka Allah berikan kita pedoman daripada satu kisah agung.
47:17Yang ditanyakan sendiri oleh orang-orang musyriki Mekah saat ketika mana mereka mendapat soalan cepu emas daripada orang-orang Yahudi yang mengetahui serba sedikit tentang kisah ini.
47:29Tetapi Nabi diberikan pengetahuannya lebih lengkap berbanding dengan apa yang diketahui oleh orang-orang Yahudi sebelum daripadanya.
47:36Di kalam mana ditanyakan kepada Nabi SAW akan persoalan berkenaan tentang seorang lelaki yang dikenali namanya itu dengan Zulkarnain.
47:46Nama Zulkarnain ini sememangnya nama yang agak pelik yang tidak pernah didengari sebelum daripada itu oleh masyarakat Arab tetapi ada sejarah yang tersimpan di sebalik nama besar ini yang insyaAllah ianya akan kita selusuri perbincangannya sesuai dengan maksud yang telahpun disebutkan oleh ayat ini.
48:07Iaitulah kita lihat Nabi menjawab kepada mereka
48:10Qul sa'atluwa alaikum minhudikra akan aku bacakan kepadamu kisahnya.
48:17Kisah akan ini adalah kisah yang akan diperbincangkan insyaAllah dalam kepuasan bagi spesial akan datang.
48:24Maka untuk itu inilah perbincangan yang kita hentikan pada ayat ini dengan rangkuman bagi resolusi yang ingin kita capai bersama daripada perbincangan ayat-ayat ini.
48:35Iaitulah yang pertamanya, hendaklah kita memelihara dan menyentuni anak yatim sebagai satu keperluan syariat yang mesti dipenuhi.
48:45Yang keduanya iaitulah sentiasalah kita mendoakan bagi zuriat kita agar sentiasa istiqamah dalam kebaikan.
48:54Dan yang ketiganya Zulkarnain yang disebutkan sebagai seorang pemerintah agung di mana belialah merupakan pemimpin yang beriman.
49:03Lantaran itulah, jadikan diri kita orang yang beriman agar dapat menjadi pemimpin bagi orang beriman seperti mana dalam doa kita.
49:11Rabbana hablana min azwajina wa durriyatina qurra ta'ayun wa ja'alna lilmutaqina imama.
49:19Jadilah pemimpin yang beriman yang gunakan kuasa untuk menegakkan keadilan.
49:22Inilah rangkuman resolusi kita yang tiga.
49:24Kita tangguhkan kita punya perbincangan kita ini dengan pimpinan bacaan doa oleh yang berbahagia al-Fadhu.
49:29Silakan Ustaz.
49:30Bismillahirrahmanirrahim.
49:32Allahumma salli wa salli wa salli wa ala Sayyidina Muhammadi fil awalina wal akhirin.
49:35Allahumma rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurra ta'ayunin wa ja'alna lilmutaqina imama.
49:43Rabbana hablana minas salihin.
49:45Allahumma rabbana atina min ladun karahmatan wa hayyina min amnina rasyada wa sallahu wa sallam wa baraka'ala Muhammad.
49:52Walhamdulillah Rabbil Alamin.
49:54Alhamdulillah.
49:55Begitulah selesai juga kita dalam tadamur kita muka surat yang ke-302.
50:00Banyak pengajaran dan solusi apa yang berkaitan dengan adab, berkaitan dengan bagaimana kita menuntut ilmu.
50:07Moga-moga Allah SWT berikan kepada kita daripada sisinya rahmat yang luas kepada kita dan kita tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
50:17Terima kasih sekali lagi kepada Dr. Samsulah di atas penerangan yang begitu cerah dan padat sekali.
50:21Yang orang sekarang kata padu lah.
50:24Kita mengajak semua sahabat-sahabat dalam tabung gerakan Al-Quran.
50:27Sama-sama kita sumbang idea kita dan harta kita dalam pembangunan Al-Quran.
50:33Mudah-mudahan ada usaha kita ke arah itu dalam semua lapangan kebaikan dalam kehidupan kita dan kita menjadi orang yang sentiasa pembuka kepada kebaikan.
50:43InsyaAllah dan Allah SWT murahkan rezeki kita serta mulihkan kita dengan Al-Quran.
50:48Terima kasih kepada semua penonton di atas perhatian kita dalam rancangan MyQuran Time.
50:52Terus kita bersemangat untuk mendalami, untuk belajar lagi ayat demi ayat.
50:57Ayat-ayat Allah SWT yang sudah pasti tidak akan pernah merugikan kita, bahkan menguntungkan kita, bahkan akan mengangkat darjat kita insyaAllah dunia akhirat.
51:07Sehingga kita bertemu lagi dalam MyQuran Time, Quran, Salat dan Ifat.
51:11Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
51:13Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
51:43Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
52:13Terima kasih.
52:14Terima kasih.
52:15Terima kasih.
52:16Terima kasih.
Comments

Recommended