00:00Majlis Pimpinan Pusat PKR telah mengesahkan keputusan pemilihan bahagiannya bulan lepas,
00:07sekaligus mengesahkan kekalahan nama besar seperti Naib Presiden PKR, Nick Nazmi, Nick Ahmad dan K. Saraswati.
00:16Pada pemilihan bahagian, Nick Nazmi gagal mempertahankan kedudukan Ketua PKR Setiawangsa,
00:23manakala Saraswati tewas di Bukit Bintang.
00:26Ketua Pemuda PKR Adam Adli pula tewas dalam pemilihan Timbalan Ketua Hantuah Jaya,
00:33manakala Pengarah Strategi PKR Akmal Nasir gagal pertahan Ketua PKR Johor Bahru.
00:40Setiausaha Agong PKR Fuziah Saleh dalam kenyataan berkata,
00:44Sistem perwakilan berkadar baharu PKR untuk pemilihan MPP akan datang,
00:49akan membolehkan calon yang gagal memenangi jawatan ketua bahagian
00:53menghantar perwakilan untuk kongres parti itu nanti.
00:57Fuziah berkata,
00:59ini menunjukkan prinsip bahawa yang menang tidak menang semuanya,
01:03manakala yang kalah tidak kehilangan segala-galanya
01:06dan ia akan merancarkan lagi proses demokrasi PKR ketika parti itu
01:11memilih kepimpinan tertinggi baharunya.
01:14Zara Alamiya Syahir, FMT
Comments