Rogol pelajar: Dua calon SPM didakwa, seorang mengaku salah
Dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol pelajar Tingkatan Tiga dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak di Alor Gajah pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Kedua-dua mereka berusia 17 tahun dan merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee atas tiga pertuduhan merogol secara berkumpulan, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii serta amang seksual fizikal.
00:002 daripada 4 pelajar lelaki yang disyaki terbabit kes rogol pelajar tingkatan 3 dan merakam perbuatan itu dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di Alor Gajah pada Khamis.
00:13Kedua-dua mereka berusia 17 tahun dan merupakan calon SPM itu didakwa di hadapan Magistrat Dr. Teo Shuyi atas 3 pertuduhan merogol secara berkumpulan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabi serta amang seksual fizikal.
00:27Namun hanya seorang daripada mereka membuat pengakuan bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut manakala seorang lagi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
00:38Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka bersama-sama didakwa melakukan rogol secara berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 8 bulan yang juga pelajar tingkatan 3.
00:49Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun jika sabit kesalahan.
01:02Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka masing-masing didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi terhadap mangsa sama dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.
01:21Mengikut pertuduhan ketiga, mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa sama.
01:28Susulan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman sama jika sabit kesalahan.
01:40Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kelas tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Alu Gajah di kira-kira jam 2.50 petang pada 30 September lalu.
01:49Kedua-dua tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan masing-masing RM1,500 bagi pertuduhan kedua dan ketiga dengan jumlah keseluruhan jaminan RM7,000.
02:02Mahkamah juga menetapkan 26 November depan sebagai tarikh serahan dokumen bagi tertuduh pertama selain laporan akhlab bagi tertuduh kedua sebelum menjatuhkan hukuman.
Be the first to comment