Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Belanjawan 2026 peruntuk RM21.2 bilion kepada KDN bagi mempertingkat kesiapsiagaan negara, menaik taraf aset keselamatan, serta menjaga kebajikan pasukan beruniform termasuk PDRM dan APMM.
Transcript
00:00Peningkatan peruntukan kepada RM21.2 bilion bagi Kementerian Dalam Negeri KDN akan dimanfaatkan untuk memperkukuh aset keselamatan serta menaik taraf kemudahan pasukan beruniform di bawah Kementerian itu.
00:12Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, peruntukan tersebut yang meningkat berbanding RM19.5 bilion pada tahun ini juga akan digunakan bagi mempertingkatkan kawalan sempadan serta memperkukuh keupayaan negara dalam menangani ancaman siber dan jenayah digital.
00:32Dalam hantaran Facebook, beliau menjelaskan belanjuan 2026 turut memberi perhatian kepada kebajikan anggota beruniform.
00:39Saifuddin Nasution menegaskan KDN Komited untuk terus menggalas amanah dengan penuh dedikasi demi memastikan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera.
00:49Sementara itu, Ketua Polisi Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail dalam kenyataan berkata, peruntukan berkenaan bahkan memberikan impak positif terhadap kebajikan, perasarana dan kecukapan perkhidmatan polis dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraan awam.
01:04Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia PDRM juga akan memastikan setiap sen yang diperuntukkan dimanfaatkan secara optimum demi memperkukuh sistem keselamatan negara serta menjamin kesejahteraan rakyat.
01:17Jelasnya, sebagai institusi penguatkuasaan utama negara, PDRM menegaskan komitmen untuk melaksanakan setiap inisiatif yang diterima dengan penuh amanah, integriti dan disiplin kewangan yang tinggi.
01:29Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjuan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan KDM menerima RM21.2 bilion dengan keutamaan untuk meningkatkan tahap kesiapsaagaan negara melalui beberapa inisiatif utama.
01:44Ini termasuk peruntukan RM1 bilion bagi perolehan baru 100 kenderaan pacuan 4 roda untuk risikan dan operasi PDRM, 4 buk peronda laju untuk pasukan polis marin PPM dan sebuah pesawat rondaan maritim untuk agensi penguatkuasa maritim Malaysia APMM.
02:01Selain itu, peruntukan melebih RM1.5 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform, antaranya kompleks APMM negeri di Tok Bali, Kelantan, Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak dan Balai Polis Lawin, Gerik di Pera, pembaharuan kompleks bersepadu APMM dan PPM Labuan serta kompleks zon maritim kudat Sabah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended