Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Presiden Majlis Belia Malaysia gesa kerajaan dan belia beri tumpuan kepada kemahiran semula serta latihan baharu bagi menjamin pekerjaan bermaruah dan menangani isu mismatch pasaran kerja.
Transcript
00:00Isu pengangguran dalam kalangan belia yang saban tahun menjadi tumpuan perlu ditangani dengan pendekatan baharu, bermula dengan kesedaran terhadap kepentingan reskilling dan upskilling seiring perubahan pasaran kerja.
00:12Menurut Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, meskipun Bajet 2026 memperlihatkan komitmen kerajaan meningkatkan perutukan pembangunan belia, cabaran sebenar terletak pada pelaksanaan dasar yang mampu menjamin pekerjaan dan gaji bermaruah, khususnya di kawasan bandar seperti Lembah Kelang.
00:30Jelasnya, antara faktor utama yang terus membelenggu isu pengangguran ialah mismatch antara kemahiran dan permintaan industri, kadar gaji rendah serta stigma masyarakat yang masih menganggap pendidikan dan latihan teknikal TVED sebagai pilihan kedua.
00:47Hakikatnya, TVED wajar dijadikan enjin pertumbuhan utama atau Thrive Engine dalam pembangunan tenaga muda negara, terutama apabila dijangka menjelang tahun 2030, banyak pekerjaan tradisional bakal terhapus akibat digitalisasi dan otomasi.
01:02Kita juga harus memberikan kesedaran kepada belia kita tentang upskilling dan reskilling. Ini belum cerita lagi 2030 yang dikeluarkan oleh Kementerian Semua Manusia.
01:12Apabila 2030 next, mungkin 3 juta rakyat kita akan kehilangan kerja disebabkan AI dan juga digital. Ini juga satu perkara yang harus kerajaan lihat perhalusi dan saya nampak anuskah tapi perlu diperluaskan lagi dan juga kita tengok juga antaranya ialah berkaitan tentang TVED yang mana sudah tentu tiap-tiap tahun TVED dinaikkan.
01:32Pernah peruntukan yang dinaikkan daripada 7.6 ke 7.9 bilion.
01:37Tapi pada masa yang sama, stigma masyarakat itu harus kita ubahkan iaitu kata TVED ini bukan lagi pilihan yang kedua atau pilihan yang ketiga sebab ini menjadi pilihan utama dan juga TVED ini seharusnya menjadi drive ataupun yang sekerusnya enjin yang untuk memandu kepada pembangunan belia kita, pembangunan negara kita dan sebagainya.
01:57Inisiatif seperti KUF dan Kazana MyStep yang memberi latihan sebelum belia memasuki pasaran kerja merupakan langkah positif ke arah membina tenaga kerja masa depan yang berdaya saing.
02:10Namun jelasnya usaha ini perlu disertai dengan kempen kesedaran menyeluruh agar belia benar-benar memahami kepentingan melengkapkan diri dengan kemahiran baharu.
02:19Muhammad Izzat berkongsi pandangan ini dalam program Dialog Paket Rakyat yang disiarkan pada Jumat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended