Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
AWANI Borneo Jumaat, 9 Oktober 2025 bersama Irfan Faruqi

1. Belanjawan 2026: Sabah, Sarawak terima peruntukan pembangunan tertinggi
2. Sabah Memilih: 9,500 anggota, pegawai polis ditugaskan jaga keselamatan, kelancaran
3. Suspek dera kanak-kanak hingga mati direman

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Dan suspek positif dadah dipercayai ayah kandung mangsa di Reman.
00:51Sabah dan Sarawak terus menerima peruntukan pembangunan tertinggi dalam Belanjawan 2026.
00:57Turut diteruskan pemberian khas Sabah dan Sarawak berjumlah RM600 juta.
01:03Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim peruntukan ini bagi memastikan kepesatan pembangunan di Sabah Sarawak selaras semangat perjanjian Malaysia 1963 ME63.
01:13Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion ketimbang RM4.4 bilion tahun 2022.
01:25Sarawak meninggi kepada RM6 bilion ketimbang RM2.9 bilion tahun 2022.
01:36Jadi mulai tahun ini, kadar pembelian khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta.
01:43Bagi memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital yang sebaiknya,
01:51sambungan kabel dasar laut Madani dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM sepanjang 3,190 km dengan kos RM2 bilion.
02:02Projek ini melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kucing dan Sibu di Sarawak, seterusnya Ketuaran, Kudat, Pulabangi, Sandakan dan Tawau di Sabah.
02:15Bagi menjamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.2 bilion.
02:25Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim langkah itu sebagai langkah sokongan kepada Sabah
02:30meskipun kawal selia bekalan elektrik diserahkan sepenuhnya kepada negeri itu sejak Januari tahun lalu.
02:38Sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM765 juta.
02:44bagi projek talian penghantaran Southern Link untuk memperkukuh sistem tenaga di negeri itu.
02:50Inksiden tanah runtuh di Penampang, dua talian utama penghantaran elektrik berholtan tinggi
02:56mengakibatkan gangguan bekalan kepada 230,000 pengguna pantai Timur Sabah.
03:03Langkah segera diambil bagi memulih bekalan.
03:06Untuk kelangsungan jangka panjang, Kerajaan Persekutuan menjadikan perbiayaan RM765 juta.
03:12bagi projek talian penghantaran Southern Link.
03:17Menyentuh mengenai masalah air di Sabah, Anwar berkata sejak 2024,
03:21RM1 bila telah diperuntukkan untuk projek air Sabah.
03:25Ia termasuk pemasangan pipe di Tawau serta naik taraf pipe usang di Kota Kenabalu, Penampang dan Putatan.
03:31Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun hadapan.
03:36Selain itu, lebih RM700 juta diperuntuk bagi membekal air bersih dan elektrik,
03:40termasuk pemasangan panel solar hybrid di Kampung Kecil Sabah, Sarawak untuk manfaat 3,200 rumah.
03:47Turut diberi perhatian, sektor aquakultur di Sabah, Sarawak.
03:53Di bawah Belanjawan 2026, Kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan kepada RM300 juta sejajar usaha memperkukuh keselamatan makanan negara.
04:04Selain memajukan industri perikanan berasaskan teknologi modern,
04:07sekaligus menjadikan Malaysia antara peneraju utama sektor aquakultur di rantau ini.
04:12Sejak 2024, Kerajaan Madani bekerjasama dengan semua kerajaan negeri untuk memanfaatkan tanah bagi projek pertanian.
04:20Umpamanya bawang di Perak, kerang di Melaka, lembu di Pahang, biri-biri pedaging di Johor.
04:26Kerjasama diperhebat dengan peruntukan RM300 juta,
04:29antaranya bagi menyokong tanaman jagung bijian, aquakultur, serta aktiviti padi di Sabah dan Sarawak.
04:36Berikutnya, memahami rintihan penerima sumbangan tunai rahmah STR di desa dan pedalaman yang berdepan kesukaran mengeluarkan wang tunai,
04:49Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan,
04:52ikhtiar perkhidmatan bergerak madani akan diperluas.
04:55Ini bagi memastikan masyarakat di kawasan berkenaan mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
05:00Perkhidmatan bergerak Sabah, Sarawak diperluas ke 19 kawasan baru,
05:08termasuk kampung Karamuak, Sabah dan Telang Usan, Sarawak.
05:14Bank Sepanan Nasional menambah 4 lagi untuk kemudahan, untuk berjumlah 20 bank bergerak.
05:22Sementara itu, khusus untuk rakyat di pedesaan dan pedalaman Sabah, Sarawak,
05:27RM250 juta disediakan bagi menanggung kos pengedaran barang asas ke kawasan
05:33seperti Taradas, Kudat dan Kawayoi, Kinabatangan, Sabah serta Entaroh, Kapit dan Nanggasegeris, Sibu, Sarawak.
05:42Kerajaan Negeri Sabah menyifatkan belanjawan 2026 yang dimentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
05:51sebagai belanjawan yang progresif dan berhemah serta tidak memingkirkan keperluan rakyat di pelbagai peringkat.
05:58Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji J. Nur berkata,
06:01belanjawan berjumlah RM470 bilion itu turut memberi perhatian kepada golongan kurang berkemampuan,
06:07sejajar dengan pendekatan inklusif dan mesra rakyat.
06:11Menurut Haji J., Sabah menerima manfaat besar melalui belanjawan tersebut,
06:15termasuk peruntukan sebanyak RM6.9 bilion bagi pembangunan negeri itu pada tahun 2026.
06:21Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding RM6.7 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan 2025.
06:28Selain itu, Haji J. menghargai pembiayaan bagi projek Southern Link untuk infrastruktur elektrik di Sabah
06:34berjumlah RM765 juta yang diyakini mampu meningkatkan kestabilan tenaga di negeri berkenaan,
06:40katanya pelbagai inisiatif lain turut diumumkan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah secara keseluruhan.
06:47Haji J. ditemui media selepas selesai menyaksikan pembentangan belanjawan 2026 di Menara Kinabalu,
06:53hadir sama Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untung.
06:59Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PMX yang telah membentangkan belanjawan negara untuk tahun depan.
07:11Belanjawan ini saya sifatkan sebagai belanjawan yang progresif,
07:18belanjawan yang cukup berhema,
07:23tanpa meminggirkan kepentingan pelbagai masyarakat,
07:31terutama mereka yang kurang berkemampuan.
07:33Dalam belanjawan yang menjurus kepada pembangunan ekonomi negara,
07:43Sabah juga mendapat peruntukan yang kita anggap boleh membantu negeri,
07:52iaitu 6.9 bilion ringgit.
07:59Selain kita dapat juga pembiayaan talian Southern Link elektrik kita
08:07yang berjumlah 765 juta.
08:12Dan banyak lagi yang kita perolehi termasuk rakyat kita keseluruhannya di Sabah.
08:22Polis Diraja Malaysia PDRM akan menempatkan kira-kira 9,500 pegawai dan anggota
08:34bagi bertugas sepanjang tempoh pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17
08:38sebagai langkah memastikan keselamatan dan kelancaran proses demokrasi di negeri itu.
08:44Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata,
08:47petugasan itu melibatkan anggota daripada PDRM kontingen Sabah
08:51dengan sokongan tambahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
08:53bagi memenuhi keperluan logistik serta kawasan penugasan yang luas di negeri berkenaan.
09:00Jadi buat masa ini PDRM telah memberikan komitmen yang sepenuhnya.
09:04Kita telah menetapkan untuk di Sabah sahaja
09:08selebih kurang 9,500 pegawai dan anggota akan bertugas masa PDRM di Sabah.
09:14Seperti mana yang tuan-tuan sedia maklum
09:17terdapat 73 Dewan Undangan Negeri yang akan ditandingkan pada pilihan raya yang akan datang
09:23dengan saluran lebih daripada 3,500 saluran.
09:27Jadi saluran-saluran ini adalah menjadi tanggungjawab pegawai polis
09:31untuk menjaga keselamatan pengundi dan juga tempat mengundi.
09:35Di samping itu juga kita perlu maklum bahawa Sabah ini begitu besar
09:39dan memerlukan jarak perjalanan yang begitu mengambil masa.
09:44Jadi kita memerlukan keperluan-keperluan logistik seperti helikopter dan sebagainya.
09:48Jadi penempatan pegawai itu begitu kritikal
09:51dan insyaAllah di peringkat federal Bukit Aman
09:54kita akan memberikan bantuan yang sepatutnya
09:56dan setakat ini permohonan daripada polis Sabah
10:00dalam lebih kurang 1,000 ke 1,500 tambahan pegawai dan anggota
10:06untuk dihantar ke Sabah.
10:08Dewan Undangan Negeri Dun Sabah secara rasminya dibubarkan pada 6 Oktober lalu
10:13bagi memberi laluan kepada PRN 17 diadakan dalam tempoh 60 hari.
10:19Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Oktober ini
10:24bagi membincangkan tarikh-tarikh penting
10:26serta urusan berkaitan perjalanan PRN 17 Sabah
10:29termasuk tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.
10:33Sementara itu, semua pemimpin politik, calon dan penyokong parti
10:39dinasihatkan agar menjaga tata susila serta mematuhi undang-undang
10:43sepanjang perjalanan PRN Sabah
10:45selaras dengan semangat perpaduan dan keharmonian negara.
10:49Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail menegaskan
10:52sebagai sebuah negara berbilang kaum
10:53semua pihak wajar menghormati undang-undang
10:56serta mengekalkan disiplin sepanjang pilihan raya
10:58bagi memastikan PRN Sabah berlangsung dalam suasana tertib, aman dan selamat.
11:03Kita sebuah negara yang berbilang kaum dan kita sedia maklum bahawa
11:10keadaan negara ini bergitu dalam keadaan yang baik dan sempurna.
11:15Jadi saya meminta supaya semua yang terlibat di dalam pilihan raya yang akan datang ini
11:21menjaga tata susila, menjaga disiplin dan sebagainya
11:24mengikut lunas-lunas undang-undang
11:26supaya kita dapat melaksanakan PRN kali ini dengan baik dan sempurna
11:31bagi memastikan keselamatan rakyat dan para pengundi
11:34sentiasa kita jaga dan saya percaya inilah menjadi matlamat polis diraja Malaysia
11:39untuk memastikan keselamatan negara sentiasa di bawah penyeliaan yang baik dan sempurna.
11:46Dalam laporan berasingan, Polis Sarawak menjadi antara kontingen terawal
11:50yang akan digerakkan ke Sabah bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya negeri Sabah
11:55PRN yang bakal berlangsung.
11:58Pesuruh jaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah berkata
12:01sebagai kontingen yang paling hampir dengan Sabah
12:03Sarawak dijangka menyumbang sumber manusia dengan jumlah besar
12:07untuk membantu operasi pilihan raya di negeri berkenaan.
12:11Kita menunggu apa juga perkembangan berkaitan pilihan raya di negeri Sabah
12:17dan kita sentiasa bersiap sedia dan kita akan memberikan apa juga bantuan
12:21bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya, proses kempen dan sebagainya.
12:28Itu kita akan bantu pasal kita adalah kontingen yang paling dekat dengan Sabah.
12:34Jadi sudah tentu bantuan sumber manusia akan banyak daripada Sarawak.
12:40Jumlah belum diputuskan bergantung kepada keperluan dan juga permintaan
12:44daripada kontingen Sabah nanti.
12:47Tapi kita sedia membantu.
12:48Polis Kucing mendapat kebenaran menahan reman seorang lelaki tempatan
12:56berusia 32 tahun bagi membantu siasatan kes dera hingga mati
13:01seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di Kampung Rampagi, Kucing pada Jumaat.
13:07Perintah reman dikeluarkan Magistret Aida Montong di Mahkamah Magistret Kucing
13:11setelah suspek diberkas di sebuah rumah di Jalan Padawan.
13:14Peseru Jaya Polis Sarawak, Dato' Muhammad Zainal Abdullah berkata
13:17siasatan awal pihaknya mendapati suspek juga positif dadah.
13:22Sebut setakat ini hanya beliau seorang saja yang kita tangkap
13:26dan hasil urin yang telah kita buat didapati suspek ini positif dadah.
13:34Dia ada pengaku tak setakat siasatan awal?
13:37Ok, setakat siasatan awal kita memang ada pengakuan dan juga ada saksi
13:45yang berada di tempat kejadian termasuk ibu mangsa sendirilah.
13:53Jelas lainnya lagi polis masih menyiasat hubungan suspek dan ibu mangsa
13:57manakala prosedur berdas siasat telah dijalankan hari ini.
14:01Kita percaya mungkin ada hubungan tapi hubungan bagaimana itu
14:05nanti kita akan maklumkan lah.
14:08Tapi ialah bukan hubungan suami isteri tapi kita mungkin kawan,
14:16mungkin kekasih.
14:18So kita akan dapatkan nanti setelah kita menjalankan siasatan menyeluruh.
14:23Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Manzilis Perhimpunan Bulanan
14:29Pesuruh Jaya Polis Sarawak di Padang IPK Sarawak pada Jumaat.
14:34Serbuan pada Khamis dilakukan selepas polis menerima laporan mengenai kematian mangsa
14:39akibat kecederaan serius dipercayai berpunca daripada penderaan
14:42dan laporan polis oleh seorang lelaki dipercayai bapa kandung mangsa.
14:46Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh
14:52yang memperuntukkan hukum gantung sampai mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun
14:57serta tidak kurang 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.
15:08Laporan tersebut mengakhiri Awani Borneo untuk malam ini.
15:11Saya Irfan Faruki, salam hormat.
15:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended