Kerajaan bercadang untuk mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada kenderaan bernilai tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil selepas mendapati terdapat pemilik kenderaan mewah mengambil kesempatan terhadap kemudahan pengecualian cukai yang diberikan di kedua-dua wilayah bebas cukai berkenaan.
00:00Terdapat pemilik kenderaan mewah, ini satu perkara lagi, kenderaan mewah, saya tak berapa pasih dengan nama-nama mobil ini, tetapi yang sekian lama mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai kenderaan di Langkawi.
00:18Bagi mengekang ketirisan, pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuatkuasa 1 Januari 2026.
00:31Alasannya ialah kerana orang-orang maha kaya ini beli mobil ini dan menggunakan kelonggaran, bawa dan kekalkan beberapa tahun-tahun sehingga harganya turut.
00:45Jadi tujuan asal itu adalah untuk memberi kemudahan di Langkawi, kemudahan di Langkawi.
00:51Tapi sekarang digunakan oleh golongan kaya untuk lari daripada pembayaran cukai.
00:58Sebab itulah kita ambil tindakan yang tidak tegas kali ini.
Be the first to comment