Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Malaysia's economy is expected to grow between 4.0 and 4.8% this year and between 4.0 and 4.5% in 2026, according to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

In the preface for the Economic Outlook 2026 released by the Ministry of Finance on Friday (Oct 10), Anwar, who is also Finance Minister, said the economy expanded by 4.4% in the first half of 2025, outpacing many peers equally burdened by tariff shocks.

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Yang kedua.
00:30Dan salam sejahtera.
00:32Tansi yang dipertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rangun Undang-Undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang dari kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali kedua sekarang.
00:52Silakan.
01:00Tansi yang dipertua, delim berhormat, desa rakyat yang mengikuti sidang.
01:16Belanjawan tidak hanya menghidangkan angka serta perangkaan perbelanjaan.
01:21Tidak juga satu lembaran teknikal yang hanya berbicara soal fiskal dan tahap kesihatan keuangan negara.
01:30Malah, belanjawan adalah sebuah pernyataan moral, sebuah ikrar sejarah dan sebuah perjanjian yang tulus dan luhur antara kerajaan dan rakyat terbanyak.
01:42Firman Allah subhanahu wa ta'ala,
01:46Maksudnya, berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin setelah orang musafir akan hak masing-masing.
02:12Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan keadaan yang boros, membazir, yang melampau-lampau.
02:20Sesungguhnya, orang yang membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu pula ialah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
02:27Maka belanjawan madani keempat ini mencakup persoalan serta cabaran ekonomi semasa selain menyusun dan merangka jalan bagi mengelak kebejatan dan keterlanjuran.
02:42Kita menolak budaya menumpuk hutang tanpa kawalan.
02:48Kita melawan ketirisan dan kebobrokan.
02:51Dan kita benci kemewahan kelompok elit yang dibayar dengan kesengsaraan rakyat.
02:57Sementaraan, kita memilih jalan yang berliku, sukar dan panjang,
03:02yakni jalan reformasi, disiplin fiskal yang tegas dan pengukuhan institusi.
03:08Kerana hanya jalan itu sahaja dapat menjamin negara ini dapat diselamatkan dalam tempoh jaga panjang.
03:16Saat dunia dibadai perang tarif,
03:20pentas geopolitik yang terus berantakan,
03:23krisis iklim yang memburuk dan kebangkitan teknologi baru yang pantas bergerak,
03:29maka Malaysia tidak seharusnya sekadar bungkam dan berpeluk tubuh.
03:33Kita mesti berani memikul tanggungjawab pensejarahan.
03:38Sama seperti Empire Melaka yang pernah berdiri sebagai kosmopolitan yang adil sebagai tatanan hukum.
03:45Giliran kita untuk membuktikan bahawa Malaysia yang relatifnya kecil dari segi geografi,
03:52mampu menjadi besar dan matang dari segi pengaruhnya,
03:56tidak hanya melalui kekuatan ketenteraan,
04:00tetapi dengan kekuatan moral, keandilan sosial dan ekonomi yang kukuh.
04:05Belanjawan pada kali ini juga menandakan lembaran pertama Rancangan Malaysia ke-13,
04:12yang tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan keuangan tahunan,
04:17tetapi merupakan kompas sejarah untuk era mendatang.
04:22Belanjawan Madani ke-4 adalah saksi bahawa kita memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional,
04:29yang menyeluruh.
04:37Mengampiri tiga tahun pertadbiran Madani,
04:40reformasi setelah pembaruan yang berani dan tuntas telah kita laksanakan sedaya upaya kita
04:47dan mula menghasilkan anjakan yang membanggakan,
04:51terutama pada siling pertumbuhan negara dan lantai kesejahteraan rakyat.
04:55Justru, mengapa sering ditekankan soal tata kelola?
05:02Jawabnya, langkah-langkah seperti undang-undang,
05:06rang undang-undang perolahan kerajaan,
05:09akta keuangan awam dan tanggungjawab fiskal
05:11dan pindaan akta audit membantu meningkatkan keyakinan pelabur,
05:17melonjak indeks daya saing negara,
05:19ke hingga 11 anak tangga,
05:22mengukuh nilai ringgit
05:24dan akhirnya lebih penting.
05:28Menjana pekerjaan baru untuk rakyat,
05:31menurunkan kadar pengangguran kepada 3%,
05:33iaitu yang terendah dalam tempoh sedekat.
05:37Mengapa ditumpukan ke arah penguatkuasaan yang lebih tegas?
05:44Kerana rasuah, penyelewengan dan ketirisan merugikan negara.
05:50Penguatkuasaan tanpa pilih kasih dapat mengembalikan hasil negara
05:54yang hilang berbilion ringgit.
05:56Dan ini dapat membiayai dan menyegerahkan pelaksanaan projek
06:00seperti Rencangan Tempatan Banjir dan Pen Bonio, Sabah dan Sarawak.
06:07Mengapa kerajaan bersusah payah menyasarkan subsidi?
06:11Kerana subsidi pukal selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar.
06:17Subsidi sepatutnya hak dan kestimewaan
06:20yang mesti dinikmati rakyat Malaysia.
06:24Disebabkan penjimatan subsidi diesel,
06:27kita dapat meringankan hidup rakyat melalui ikhtiar seperti Sara
06:30untuk semua yang diluncurkan Ogos lalu.
06:35Kerangka besar madani adalah untuk rakyat.
06:39Memastikan kita punya kemampuan menyediakan kemudahan untuk rakyat
06:42mencipta pekerjaan, menjana pendapatan
06:44dan meringankan kos sara hidup.
06:49Saya ujir mengangkat tema belanjawan madani.
06:53Keempat, belanjawan rakyat.
06:57Setelah berani mengusung reformasi,
07:01kini masa memulangkan hasil kepada rakyat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended