Skip to playerSkip to main content
DUN Sabah dibubarkan – Hajiji

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, lapor wartawan Sinar harian, Asyikin Asmin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, yang merupakan pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751141/berita/nasional/dun-sabah-dibubar-hari-ini

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #DUNSabah #Bubar #PRN17 #Sabah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tuan-tuan dan puan-puan, memandangkan tempoh 5 tahun Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan berakhir.
00:14Saya telah menghadap Tuan yang terutama Tuan, Datu Seri Panglima, Dr. Musa bin Haji Aman
00:21yang dipertua Negeri Sabah pada pagi ini untuk menasehatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
00:31Dengan perkenan Tuan yang terutama Tuan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan dibubarkan berkuasa pada hari ini.
00:43Yaitu hari Isnin 6 Oktober 2025.
00:56Ini memberi laluan kepada pilihan rakyat negeri Sabah yang ke-17
01:02dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka
01:09untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended