00:00Beberapa lagi aktivis kemanusiaan antarabangsa yang dihantar pulang dari Israel selepas menyertai flotilla bantuan ke Gaza mendedahkan dauan layanan buruk oleh pengawal penjara sepanjang tempoh penahanan mereka.
00:12Presiden Kesatuan Komuniti Islam Itali Yassin Lafram mendakwa mereka telah dilayan dengan kasar oleh pihak berkuasa Israel, termasuk diacukan senjata.
00:22Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak boleh diterima sama sekali.
00:26Dalam pandai itu, wartawan Itali, Severio Tomasi, memaklumkan tentera Israel telah membuang ubat-ubatan dan melayan aktivis seperti haiwan.
00:35Beliau turut mendakwa, pegawal Israel telah mengejek aktivis yang ditahan, termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg, cucu Nelson Mandela iaitu Mandela Mandela serta beberapa lagi ahli Parlamen Eropah.
00:47Sementara itu, seorang lagi wartawan Itali, Lorenzo D'Agostino pula mendakwa barang peribadi dan wang miliknya telah dicuri oleh tentera Zionis Israel.
00:57Manakala beberapa aktivis lagi memberitahu diugut dengan anjing dan tentera yang mengacukan senjata laser untuk tujuan menakut-nakutkan mereka.
01:05Terima kasih kerana menonton!
Comments