Skip to playerSkip to main content
Taktik politik lapuk STAR, SAPP keluar GRS, bersatu semula lepas PRN - Ahmad Zahid

Tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disifatkan sebagai taktik politik lama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dilihat sebagai strategi kedua-dua parti untuk bertanding atas tiket sendiri bagi meraih sokongan pengundi, sebelum kembali bekerjasama selepas pilihan raya bagi membentuk kerajaan negeri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750999/berita/politik/taktik-politik-lapuk-star-sapp-keluar-grs-bersatu-semula-lepas-prn---ahmad-zahid

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#PRNSabah #STAR #SAPP #PilihanRaya #BN
Transcript
00:00UMNO dan Barisan Nasional, kita hanya menjalin kesepakatan dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang ke-17 ini.
00:13Dan perkembangan yang berlaku di dalam parti-parti gabungan ERS adalah di luar daripada apa yang kita putuskan.
00:29Dan bacaan saya bahawa apabila STA dan SAPP meninggalkan di ERS, ini adalah pekan politikal taktik untuk mereka bertanding dengan lambang masing-masing dan nanti mereka akan bersama semula apabila mahu mentok kerajaan negeri.
00:57Tetapi saya mahu beritahu kepada pengundi-pengundi bahawa taktik ini merupakan taktik lambung dan saya tidak rasa pengundi-pengundi di Sabah akan tidak bertindak pintar untuk menolak taktik politik yang dibuat oleh parti.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended