Skip to playerSkip to main content
'Belum pernah majlis rasmi kerajaan hidang arak,' - Ahmad Zahid

UMNO menolak sekeras-kerasnya tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada majlis makan malam anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang dianggap tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kerajaan menghormati agama dan budaya masyarakat berbilang kaum, penganjuran acara rasmi kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam selaras kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751009/berita/politik/belum-pernah-majlis-rasmi-kerajaan-hidang-arak---ahmad-zahid

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #majlisrasmihidangarak #ahmadzahidhamidi
Transcript
00:01Tentunya kita harus menolak dan kita mesti tidak bersetuju dengan program berkenaan.
00:11Malaysia adalah negara Islam biarpun kita menghormati agama, budaya dan kelaziman lain-lain agama.
00:19Tetapi ini adalah beruntungan acara kerajaan.
00:22Saya sendiri akan membawa ke pusat jemaah menteri atas ketidaksetujuan UMNO dan sebagai presiden UMNO kita menolak 100-100 cadangan itu dan acara itu kerana ianya adalah merupakan satu acara yang tidak pernah diadakan di negara kita dan cadangan itu mesti ditolak.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended