Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.20 hingga RM4.22 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan sentimen berhati-hati pelabur susulan penutupan kerajaan AS serta menjelang pembentangan Belanjawan 2026, 10 Oktober INI.
00:00Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.20 hingga RM4.22 berbanding dolar Amerika minggu depan berikutan sentimen berhati-hati pelabur sesulang penutupan kerajaan Amerika Syarikat serta menjelang pementangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini.
00:17Ketua Ahli Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid berkata Belanjawan 2026 akan diteliti rapat khususnya dari segi jumlah peruntukan, unjuran keluaran dalam negara khasar KDNK dan sasaran defisit fiskal negara.
00:34Katanya dalam tiga tahun kebelakangan ini, kerajaan telah memulakan usaha pengukuhan fiskal termasuk memperkenalkan cukai baharu seperti cukai barang bernilai rendah dan cukai keuntungan modal selain melaksanakan rasionalisasi subsidi.
00:50Tambah beliau, ia sepatutnya memberi kesan positif kepada ringgit kerana kerajaan dilihat konsisten dalam disiplin kewangan yang disifatkan sebagai positif kredit.
01:01Bagi asas mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika apabila ditutup pada 4.2055 berbanding 4.2200 minggu sebelumnya.
01:12Bagaimanapun, mata wang tempatan itu mencatatkan penurunan berbanding beberapa mata wang utama lain.
01:17Ringgit susut berbanding yen Jepun, merosot berbanding Euro dan turun berbanding Pound Britain.
01:24Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur.
01:27Ia mengukuh berbanding dolar Singapura dan naik berbanding baht Thailand.
01:32Namun ringgit melemah berbanding peso Filipina dan lebih rendah berbanding rupiah Indonesia.
Be the first to comment