Skip to playerSkip to main content
Lans koperal didakwa cabul wanita di kebun sawit

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Isnin atas tiga pertuduhan termasuk mencabul kehormatan seorang wanita orang asli, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Tertuduh, Karisa Karim, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750027/edisi/perak/lans-koperal-didakwa-cabul-wanita-di-kebun-sawit

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kescabul #Parit
Transcript
00:00Seorang anggota polis berpangkat Lance Corporal dihadapkan ke Mahkamah Magistret Parik pada Isnin atas tiga pertuduhan termasuk mencabur kehormatan seorang wanita orang asli dua minggu lalu.
00:12Tertuduh Karissa Karim berusia 28 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan dihadapan Magistret Nur Izzalina Rajai.
00:21Mengikut pertuduhan, anggota yang bertugas di Kemp Pasukan Gerakan Arm PGA Ulu Kinta didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 21 tahun dengan niat mencabur kehormatannya di sebuah kebun sawit berhampiran kampung asli Cenderung Kelubi, Kampung Gajah kira jam 3, 10 pagi pada 21 September lalu.
00:41Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa apabila merakam wanita itu yang berada dalam keadaan tidak berseluar menggunakan telefon bimbit sehingga mengganggu kesantunannya.
00:53Tertuduh yang masih bujang turut berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa pada masa dan tempat sama.
00:59Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 29 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended