Pemandu lori mengaku salah bawa ratusan kambing, biri-biri tanpa kebenaran
Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa atas dua pertuduhan memindahkan 322 ekor kambing dan biri-biri tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak sejak Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, Muhammad Aizal Afizi Ishak, 28, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan.
Be the first to comment