Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Transcript
00:00Assalamualaikum, anda bersama saya Pian Nadia untuk ASEAN 25.
00:11Ini adalah perkembangan pertama.
00:13Timbalan Peran Menteri Datuk Seri Fadila Yusof berharap agar ASEAN dan Kesatuan Eropah EU dapat bekerjasama lebih erat dalam menjayakan ASEAN Power Grid APG.
00:26Menurut Fadila, kerjasama tersebut dijalankan melalui bengkel khas dengan tujuan menimba pengalaman daripada EU agar menjadi jalan pintas bagi negara ASEAN melaksanakan APG.
00:40Beliau yang juga Menteri Peran Menteri Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri ASEAN EU Business Summit di Kuala Lumpur.
00:50Ini adalah penting bagi Malaysia kerana EU sudah berhubung.
00:56Jadi ada berkongsi percayaan energi di dalam EU.
01:01Jadi ini penting agar kita dapat belajar dari mereka apa yang mereka lakukan, apa yang mereka lakukan, apa yang mereka lakukan dan bagaimana mereka lakukan.
01:10So with that, there will be shortcut for us by engaging with EU and hopefully we can have a special workshop between EU and Asia to find ways how we can realise APG, learning from the experience of EU.
01:26including the financial model, the technical aspect of it, how they harmonise the rules and regulation, the business model, what are the challenges or problem occurring when they exchange of inter-borders, electricity and so on.
01:44So these are the things that we can learn from them.
01:45Kerjasama tenaga dan perdagangan antara ASEAN dan Kesatuan Eropah termasuk projek ASEAN Power Grid serta rundingan perjanjian perdagangan bebas atau FTA antara Malaysia dan EU dilihat fokus ASEAN European Union Business Summit pada hari ini.
02:07Wartawan Esra Awani, Seth Akmal yang mengikuti sedang kemuncah itu ada perinciannya.
02:14Seth, apa yang boleh dikongsikan?
02:20Baik, terima kasih kepada rakan saya yang berada di studio.
02:23Saya kini melaporkan dari ASEAN European Union Business Summit di Kuala Lumpur di mana hari ini fokus utama adalah mengenai kerjasama tenaga dan perdagangan antara ASEAN dan Kesatuan Eropah.
02:33Baik, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadila Yusof yang hadir sebentar tadi menekankan bahawa kerjasama ASEAN dan EU adalah jalan pintas bagi merealisasikan projek ASEAN Power Grid atau APG.
02:44Menurut beliau, EU sudah mempunyai rangkaian tenaga rentas empadan yang mampan dan ini boleh dijadikan contoh untuk negara-negara ASEAN di mana melalui pengalaman EU sendiri, ASEAN berpeluang mempelajari model kewangan, aspek teknikal, penyelarasan peraturan serta model perniagaan yang terbukti dilihat berkesan.
03:01Baik, kemudian Datuk Seri Fadila juga berkata, ASEAN bakal meneratangani Memoranda Persahaman ataupun MOU berkaitan APG semasa mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN dalam dua minggu lagi.
03:11Jadi, salah satu tumpuan utama adalah soal keboleh operasian bagaimana ia menyeragamkan undang-undang, standard dan model perdagangan tenaga rentas empadan.
03:20Contoh yang sedang wujud juga, beliau mengambil contoh seperti mana perdagangan tenaga antara Laos dan Thailand, Malaysia dan Singapura.
03:27Jadi, beliau juga optimis di mana MOU berkongsi pandangan negara-negara kota ASEAN jika dapat persahaman mengenai FTA persahaman yang terbesar di sini pada hari ini adalah
03:39rundingan perjanjian perdagangan bebas atau FTA antara Kesatuan Eropah dan juga Malaysia
03:44di mana pesuruh jaya EU bagi perdagangan dan keselamatan ekonomi Maros Sefcovic berkata, beliau berharap rundingan tersebut dapat dimuktamadkan pada tahun harapan.
03:54Namun, beliau juga berkongsi pandangan bagaimana pertemuan beliau bersama dengan Perdana Menteri semalam
03:59di mana Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam pertemuan mengajukan persoalan sama ada adakah ia boleh disegerakan sebelum ujung tahun ini.
04:06Malah, Sefcovic juga mengambarkan sikap ambisir tersebut dilihat sebagai positif
04:10namun mengakui pasukan perunding memerlukan keseimbangan antara ruang untuk mereka mereisasikan FTA ini
04:18dan seperti yang dikatakan tadi, ia bakal dimuktamadkan, diharapkan dapat dimuktamadkan pada tahun harapan.
04:24Jadi, secara keseluruhan, Sabin Harimah memperlihatkan dua perkara penting, kerjasama tenaga ASEAN EU melalui APG sebagai simbol integrasi serantau
04:32dan rundingan perdagangan bebas Malaysia EU yang semakin menghampiri destinasi terakhir.
04:37Jadi, untuk perkembangan lanjut, anda terus boleh bersama dengan kami di saluran 501 dan astroawani.com.
04:43Baik, terima kasih kepada rakan saya.
04:45Baik, terima kasih, Seth. Atas perincian tersebut, kita beralih ke laporan seterusnya.
04:50Sekitarik Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, RCEP, sedang dipertimbangkan untuk menjadikan perjanjian perdagangan terbesar dunia itu lebih relevan
05:01dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
05:04Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,
05:09cadangan itu antara perkara utama dibincangkan pada mesyuarat Menteri-Menteri RCEP keempat
05:16selain pelan untuk mencadangkan sidang kemuncak pemimpin RCEP penuh
05:21yang akan mengekalkan komitmen terhadap perdagangan dan pelaburan serantau
05:26serta mengkaji kemungkinan memperluas keanggotaan.
05:30Beliau berkata demikian selepas mesyuarat itu yang diadakan di luar mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN AEM ke-57
05:39dan mesyuarat berkaitan pada Khamis.
05:42Mesyuarat RCEP itu dipengerusikan bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun,
05:48Moto Yuji dan Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Diah Roro Esti Widya Puteri.
05:54Tengku Zafrul berkata Menteri-Menteri bersetuju dengan tiga keputusan utama pada mesyuarat tersebut.
06:01Katanya terdapat 15 negara yang terlibat dalam RCEP dan semua bersetuju ketua-ketua negara dan kerajaan
06:08akan mengadakan pertemuan semasa mesyuarat RCEP.
06:12Kedua kata Tengku Zafrul, pihaknya akan membincangkan agenda sidang kemuncak itu dan mengeluarkan kenyataan bersama.
06:20Manakala ketiga ialah untuk menyokong perdagangan, pelaburan dan ekonomi serantau
06:25selain terbuka untuk mempelawa ahli baru menyertai RCEP.
06:29Ditanya mengenai kemungkinan bantahan terhadap perluasan oleh negara seperti Hong Kong, Sri Lanka, Chile dan Bangladesh,
06:36Tengku Zafrul berkata ahli RCEP terbuka kepada perbincangan tetapi keputusan muktamad terletak pada pemimpin.
06:44Antara negara yang terlibat RCEP termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand,
06:51RCEP belum mengadakan mesyuarat rasmi pemimpin sejak perjanjian perdagangan itu ditandatangani pada November 2020.
07:00RCEP kekal sebagai kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia, meliputi 30% daripada KDNK Global.
07:07Negara-negara anggota perkongsian ekonomi komprehensif serantau RCEP yang diterajui ASEAN terbuka kepada usaha mengembangkan pakatan itu
07:19yang merangkumi sekitar 30% daripada keluaran dalam negara kasar, perdagangan dan penduduk dunia.
07:27Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Diahloro ST Widya Puteri adalah individu pertama yang mengesahkan bahawa rundingan mengenai penyertaan itu sedang dijalankan.
07:41Menurutnya setakat ini terdapat empat negara yang terlibat dalam proses penyertaan itu.
07:46Walaupun tidak memaklumkan tempoh masa tertentu bagi negara baru membuat penyertaan secara rasmi,
07:51katanya butiran terperinci mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.
07:57Diahloro turut menegaskan tiada sebarang bantahan daripada negara anggota sedia ada terhadap penyertaan baru tersebut.
08:04Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu, AEM telah menggesa para pegawai untuk mempercepat proses penyertaan tersebut.
08:12Menteri-menteri menekankan bahawa memperluas keahlian RCEP akan dapat mengukuh, meningkat dan mempelbagaikan lagi hubungan ekonomi dengan rakan luar selaras dengan strategi ASEAN Global.
08:26RCEP terdiri daripada 10 negara ASEAN serta China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
08:34ASEAN 2025 di bawah kepengurusian Malaysia semakin menumpukan perhatian kepada isu ekonomi digital dan peralihan ke arah ekonomi hijau.
08:47Menurut Naib Chancellor Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof. Dr. Sufian Jusuh, penekanan ini bukan sahaja penting untuk mengekalkan daya saing rantau,
08:58malah menjadi jaminan kepada transformasi mampan yang mampu memberi manfaat besar kepada rakyat serta komuniti perniagaan.
09:07Kita juga melihat kepada usaha Bank Negara dan juga Securities Commission dan Kementerian Kewangan untuk mengadakan gabungan di antara multilateral financial institution
09:21seperti Bank Dunia dan juga ASEAN Development Bank untuk membantu negara-negara ASEAN dalam meningkatkan transformasi kepada ekonomi yang lebih lestari dan transformasi digital.
09:35Tambah beliau, transformasi ASEAN juga menuntut pembaharuan dalam urus takbir perniagaan.
09:40Peningkatan kecekapan, pengurangan birokrasi serta ketelusan yang lebih baik akan meningkatkan keyakinan pelabur.
09:47Usaha ini juga disokong dengan diplomasi ekonomi lebih proaktif, bukan sahaja sesama negara ASEAN tapi juga dengan rakyat utama seperti Amerika Syarikat, China dan ekonomi besar lain.
09:57Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Khamis.
09:59Malaysia akan bekerjasama dengan Timor Leste untuk melaksanakan kemudahan perayawan ASEAN bagi memperkukuh keterhubungan digital menjelang sidang kemuncah ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan.
10:15Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadze berkata suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC disaran untuk mengadakan rundingan segera dengan syarikat telekomunikasi bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif itu.
10:29Menurutnya banyak syarikat telekomunikasi mempunyai pelan perayawan masing-masing tetapi Malaysia mahu wujudkan perayawan ASEAN yang lebih menyeluruh.
10:41Dengan ini pelancong Malaysia ke Dili boleh menikmati akses internet lebih mudah dan berpatutan.
10:46Beliau menambah pengalaman Malaysia melaksanakan rangkaian 5G dengan pantas, liputan meluas dan harga berpatutan boleh dikongsi dengan Timor Leste khususnya bagi memperkukuh infrastruktur telekomunikasi.
10:59Katanya kira-kira 15% daripada 1.4 juta penduduk Timor Leste mempunyai telefon bimbit sekaligus menunjukkan potensi kerjasama luas dalam bidang digital.
11:10Selain itu, Fahmi mengesyorkan bernama RTM dan MCMC menjalin kerjasama dengan agensi seumpamanya di Timor Leste termasuk menjemput wartawan negara itu mengikuti kursus di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.
11:25Langkah itu menurutnya akan membantu meningkatkan profesionalisme kewartawanan, memperkukuh kapasiti media serta pendedahan kepada teknologi baru.
11:34Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Timor Leste yang berakhir pada Rabu terut disifatkan signifikan kerana ia merupakan lawatan pertama oleh seorang Perdana Menteri Malaysia selepas 22 tahun.
11:47Lawatan itu juga berlangsung hanya beberapa minggu sebelum Timor Leste diterima secara rasmi sebagai anggota ASEAN ke-11.
11:56Menurut Fahmi, detik bersejarah ini bakal menyaksikan penyertaan Timor Leste secara rasmi ke dalam ASEAN ketika Malaysia menjadi tuan rumah sinang kemuncak ke-47, sesuatu yang amat bermakna bagi hubungan dua hala dan rantau ini.
12:10Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat dari ASEAN dalam masa terdekat untuk membuka peluang yang lebih luas pagi membolehkan filem Malaysia menembusi pasaran serantau.
12:28Beliau berkata langkah itu selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Arno Ibrahim yang mahu usaha memperkukuh kedudukan filem tempatan di pasaran antarabangsa di Pergiat.
12:43Menurut beliau, Perdana Menteri mengarahkannya untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat di negara-negara ASEAN untuk memastikan filem-filem Malaysia boleh pergi jauh.
12:53Fahmi berkata antara perkara yang akan diketengah pada pertemuan itu ialah isu yang dihadapi oleh penerbit dan pengedar filem selain cara untuk mempermudah serta melicinkan proses kemasukan filem Malaysia ke negara ASEAN lain.
13:08Mengulas mengenai sokongan kerajaan terhadap industri kreatif, beliau berkata RM31 juta diperuntuk di bawah dana kandungan kreatif yang merangkumi 11 skim utama.
13:18Fahmi berkata setakat ini 116 penerbitan telah direalisasikan menerusi dana berkenaan sekaligus mencipta lebih 2,600 peluang pekerjaan.
13:31Baik, sekian saja untuk ASEAN 25. Saya P.R Nadia. Salam hormat. Kita jumpa lagi.
13:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended