Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Kurang publisiti dan sokongan CSR antara cabaran bola sepak wanita. Liga profesional sepanjang tahun mampu jadikan kerjaya pemain wanita lebih mampan.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Kekurangan publiciti dan kesedaran tentang bola sepak wanita menjadi antara cabaran utama dalam pembangunan sukan tersebut.
00:09Menurut pengarah program Kuala Lumpur Women's Super League, Kushairi Aizat, sukan bola sepak wanita perlu lebih dikomersialkan dengan bantuan tanggungjawab sosial korporat CSR daripada syarikat-syarikat yang mahu memartabatkan sukan ini untuk golongan wanita.
00:24Saya ingin membantu untuk naikkan, lonjakan lagi pasukan mereka melalui liputan kepada pasukan klub yang komuniti ini supaya apabila contohnya mereka dapat menjuarai ataupun dapat sertai dan dapat liputan,
00:40di situ mereka akan dapat satu, jadi kata, branding klub mereka dan mereka boleh propose kepada syarikat-syarikat kecil ataupun syarikat yang berminat untuk empowerment of women dengan Aizat.
00:53So, maksudnya mereka boleh bersama dengan pasukan yang nak melonjak naik dalam bola sepak wanita ini.
00:57Itu perkara, cabaran dia daripada pendanaan adalah dari segi sudut macam mana nak naikkan komersial klub itu sendiri.
01:05Sementara itu, pemain bola sepak wanita juga perlu diangkat untuk meneruskan kerjaya profesional dalam sukan ini.
01:12Menurut bekas pemain kebangsaan, Nur Izwani Azman, kerjaya sebagai pemain profesional boleh dicapai dengan adanya liga profesional yang berjalan sepanjang tahun.
01:21Kita ada beberapa liga lah yang seperti KL Women's Super League dan kemudian kita ada yang state-state lain juga yang melakukan.
01:29Bila dah ada fulfill benda liga-liga ini sepanjang tahun, maka boleh berlakunya ada gaji, ada allowance dan boleh jadikan dia sebagai satu profesional.
01:39Beliau berkata dengan usaha jurulatih program liga tempatan serta suangat pemain sendiri, bola sepak wanita Malaysia jelas mempunyai masa depan yang cerah.
01:47Kedua-dua mereka berkongsi pandangan dalam program Awali Pagi pada Rabu.
Comments

Recommended