Rakyat Sabah yang terkesan dengan banjir melanda negeri ini melahirkan rasa syurkur dan berterima kasih terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri kerana segera menyalurkan bantuan kepada mereka.
Bantuan segera itu sememangnya akan meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir bagi membeli keperluan asas dan juga peralatan baik pulih rumah.
Banjir besar ini nyata memberi ujian hebat kepada rakyat Sabah, namun kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa membuktikan kepimpinan Hajiji sentiasa mengutamakan rakyat.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Be the first to comment