Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Redzuan menambah walaupun penyelesaian dua negara mungkin bukan satu langkah terbaik, tetapi ia dilihat sebagai jalan keluar yang mampu menghentikan penderitaan dan ketidakstabilan yang berpanjangan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Periktirafan meluas terhadap Palestine sebagai sebuah negara bukan segadar simbolik, malah mencerminkan kesedaran global terhadap penderitaan rakyat di Gaza.
00:10Menurut Ahli Dewan Negara Senat Prof. Emeritus Dato' Rezon Othman, langkah berani lebih 140 negara anggota PBB yang mengiktiraf Palestine sebagai sebuah negara adalah satu sinar harapan dalam memberi penyelesaian adil serta berkekalan.
00:27Namun beliau mengakui bahawa pembentukan sebuah negara Palestine yang berdaulat bukan suatu kerja mudah, terutama apabila hampir kesemua wilayah Palestine telah dirampas oleh rejim Zionis.
00:39Selama ini, seorang tidak ada harapan, tidak ada peluang, tidak ada ruang untuk negara Palestine itu dapat diwujudkan.
00:46Tetapi dengan suara yang ditunjukkan oleh dunia, ia akan memberikan sekurang-kurang sedikit impak kepada usaha untuk menunjukkan sebuah negara Palestine Merdeka.
00:55Tetapi yang lebih penting ialah tentang peneritaan, tentang kesengsaraan rakyat Palestine itu didengar oleh dunia.
01:02Kerana selama ini, kesengsaraan rakyat Palestine itu sering dikaitkan dengan keganasan.
01:07Hak mereka tidak diiktiraf. Mereka seolah-olahnya tidak punya suatu hak sebagai manusia.
01:13Tetapi dengan pengiktirafan ini, sekurang-kurangnya satu usaha ke arah mengunjukkan sebuah negara Palestine Merdeka itu dapat diusahakan.
01:21Rizwan menambah walaupun penyelesaian dua negara mungkin bukan satu langkah terbaik,
01:26tetapi ia dilihat sebagai jalan keluar yang mampu menghentikan penderitaan dan ketidakstabilan berpanjangan.
01:33Ujar beliau lagi, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menjadi penghalang utama kepada pendamaian dengan sokongan daripada Donald Trump.
01:41Perikiran tahunan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu pada minggu depan
01:45dijangka didominasi perbincangan mengenai masa depan rakyat Palestine dan Gaza.

Recommended