00:00Dan inilah situasi terkini, si banjir di Sabah di mana semakin pulih, manakala jumlah mangsa di Sarawak masih kekal setakat petang ahad.
00:10Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 130 orang daripada 31 keluarga pada petang tadi, berbanding 439 orang daripada 128 keluarga pada pagi tadi.
00:26Menurut JPBN Sabah, hanya dua pusat pemindahan sementara masih beroperasi melibatkan daerah Penampang dan Papar.
00:35Malah jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Papar menunjukkan tren penurunan dengan tujuh orang sahaja manakala jumlah mangsa di Penampang kekal 123 orang.
00:46Di samping itu, keadaan banjir dimembakut pulih apabila dua PPS ditutup petang ahad.
00:51Kenyataan itu memaklumkan hanya tiga kampung masih terjejas petang ini, melibatkan satu di Penampang dan dua di Papar.
00:59Di Sarawak, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara merekodkan jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS Dewan Surah Marudi, Miri, kekal 16 orang daripada 5 keluarga pada petang ahad.
01:10Data yang diperoleh daripada Laman Public Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran JPS menunjukkan paras sungai di Stesen Long Teru masih berada pada paras 8.69 meter, melebihi paras bahaya pada 8 meter namun menunjukkan tren menurun.
01:26Paras air di Stesen Marudi ialah 4.12 meter berbanding paras bahaya 3.25 meter yang menunjukkan tren menurun.
01:35Setakat ini, tiada hujan dilaporkan di kawasan terlibat.