Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan digesa supaya tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) berikutan penyasaran subsidi petrol RON95 akan dimum Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan digesa supaya tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar sistem kawalan petrol bersubsidi SKPS
00:08berikutan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan diumumkan kementerian kewangan dalam masa terdekat.
00:13Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Kursa Hidup Dato' Armiza Muhammad Ali berkata syarikat terlibat di saran agar mendaftar lebih awal
00:19bagi membolehkan syarikat memperolehi manfaat subsidi sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi petrol diumumkan.
00:26Tetapi proses yang selanjutnya iaitu bila mendapat notifikasi kelulusan mereka kena memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan.
00:38Jadi ini yang akan ambil masa. Jadi kita khawatir apabila tarikh bermula akan ada syarikat kita di Sabah dan Sarawak ini
00:47belum boleh mendapat manfaat subsidi itu. Jadi saya menyuruh supaya syarikat-syarikat yang terlibat membuat
00:56pendaftaran segera dan pendaftaran mudah melalui sistem SKPS di pautan yang disediakan oleh KPDN.
01:07Dan yang seterusnya kita perlu ingat bahawa penyasaran subsidi petrol ini akan dilaksanakan di seluruh negara
01:17dan di Sabah dan Sarawak juga berbeza dengan diesel.
01:22Jelas Hamizan sehingga kini hanya 89 daripada 2,677 kenderaan layak di Sabah telah mendaftar.
01:31Manakala di Sarawak hanya 6 daripada 1,970 kenderaan telah berdaftar.
01:37Manakala untuk jumlah di seluruh negara, setakat semalam hanya keseluruhan 1,760 syarikat dengan 5,449 kenderaan telah berdaftar setakat ini.
01:48jumlah yang masih rendah berbanding kelayakan sebenar.
01:52Armizan berkata demikian semasa ditemui selepas Konvensyen Mahasiswa Sabah 2025 di Dewan KDCA Penampang.

Recommended