Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Qatar telah mengemukakan aduan rasmi kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung serangan udara Israel baru-baru ini di ibu negaranya, Doha, menurut laporan agensi berita rasmi Qatar pada Sabtu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Qatar mengemukakan aduan rasmi kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO berhubung serangan udara Israel di Doha pada 9 September lalu.
00:09Agensi berita Qatar Q&A melaporkan bahawa Qatar dalam aduan yang menyifatkan serangan itu sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan negaranya dan peruntukan konvensyen Chicago mengenai penerbangan awam antarabangsa.
00:23Kerajaan Qatar juga menyatakan bahawa mereka berhak mengambil langkah tidak balas di bawah Undang-Undang Antarabangsa.
00:32Satu laporan berasingan daripada saluran 12 Israel menyebut bahawa Qatar menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Israel berhubung serangan itu.
00:41Laporan itu menambah bahawa permohonan maaf ini telah ditetapkan sebagai perasyarat bagi Qatar menyambung semula peranannya sebagai pengantara dalam konflik Israel-Hamas yang berterusan.
00:52Qatar memainkan peranan penting dalam usaha pengantaraan bagi mencapai gejata-sejata di semenanjung Gaza.
00:59Israel sebelum ini melancarkan serangan udara di Doha menyasarkan sebuah bangunan yang didakwa menjadi lokasi pertemuan pegawai Hamas bagi membincangkan cadangan gejata-sejata terbaru dikemukakan Amerika Syarikat.
01:12Lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar terbunuh dalam serangan itu manakala anggota utama pasukan perunding Hamas terselamat.

Recommended