Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
KPDN menggesa syarikat pengangkutan darat awam dan barangan mendaftar dalam Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi menikmati subsidi petrol RON95, dengan lebih 5,000 kenderaan telah memohon setakat ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN menggesa syarikat pengangkutan darat awam dan barangan berdaftar menerusi sistem kawalan petrol bersubsidi SKPS bagi menikmati manfaat subsidi petrol RON95.
00:14Kenyataan KPDN memaklumkan jumlah kumulatif permohonan SKPS dari 15 September hingga Sabtu adalah sebanyak 1,790 syarikat melibatkan 5,449 kenderaan daripada sektor pengangkutan darat awam serta pengangkutan darat barangan.
00:30Berdasarkan laporan SKPS hingga Sabtu, sebanyak 164 syarikat membabitkan 249 kenderaan telah melengkapkan pendaftaran menerusi sistem itu.
00:40Jumlah itu terdiri daripada 103 syarikat dengan 106 kenderaan dari sektor pengangkutan darat awam manakala 61 syarikat dengan 143 kenderaan dari sektor pengangkutan darat barangan.
00:51Sebelum ini KPDN menganggarkan kira-kira 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak mendaftar menerusi SKPS bagi menikmati subsidi petrol RON95.
01:03Permohonan pendaftaran SKPS boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan mysubsidi.kpdn.gov.my
01:11Terima kasih Syarikat pengangkutan darat awam manakala
01:31Terima kasih telah,-
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended