00:00Penubuhan Pusat Rawatan Dialisis Pertuban Keselamatan Sosial Perkeso di Seberang Jaya Pulau Pinang
00:06memberi kemudahan buat pencarum di utara tanah air menjalani rawatan dialisis.
00:11Pengoperasian pusat baru di bangunan perkeso itu memberi manfaat pada lebih 15,000 pencarum aktif di seluruh negara yang sedang menjalani rawatan dialisis.
00:21Menteri Sumber Manusia Stephen Sim Chee Kiong berkata,
00:24dengan adanya pusat dialisis berkenaan, beban kos rawatan ditanggung pesakit dapat dikurangkan selain menjimatkan perbelanjaan negara dalam jangka panjang.
00:34Jelasnya pusat rawatan di Seberang Jaya itu dilengkapi dengan kemudahan modern, rawatan berkualiti tinggi serta mampu menampung rawatan untuk 36 pesakit sehari.
00:43Dengan adanya pusat dialisis perkeso, maka pesakit ataupun pencarum yang datang sini, dia tidak perlu bayar apa-apa free.
00:55Sebab kos kita lebih rendah memang mencukupi dari segi subsidi yang diberikan.
01:01Jadi ini merupakan antara faktor kenapa kita mewujudkan beberapa buah pusat dialisis kendalian perkeso.
01:10Dan pusat ini juga kita nampak dia amat strategik sebab dia berada berdekatan dengan institusi-institusi perubatan.
01:17Contohnya, Hospital Seberang Jaya, Hospital Kerajaan, Hospital Bukit Mertajam dan sudah tentu Hospital Swasta yang berdekatan sini ialah Hospital Sunway Hospital.
01:26Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan pusat dialisis itu juga menambah baik ekosistem perikmatan perkeso, terutamanya dalam aspek perubatan.
01:34Selain Pulau Pinang, perkeso sudah mempunyai lima pusat dialisis, masing-masing dua di Selangor, Kelang dan Shalam, Johor, Keluang dan Batu Pahat serta Kuala Lumpur.
01:46Steven Sim berkata demikian pada sidang media selepas perasmian pusat dialisis perkeso cawangan Seberang Jaya pada Sabtu yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Lok Siu Fook.
01:56Pada majlis itu, Anthony Lok berkata, Kementerian Pengangkutan telah memperuntukkan RM3.5 juta sebagai tajaan caruman lindung kendiri kepada 35,000 pemandu teksi, pemandu kereta sewa dan 15,000 pemandu bas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
02:14Katanya kerajaan membiayai 70% caruman manakala selebihnya ditanggung sendiri oleh pencarum.
02:19Beliau berkata inisiatif itu bagi memastikan mereka yang bekerja sendiri di bawah sektor pengangkutan penumpang di negara ini terus dilindungi sekiranya mereka ditimpa kemalangan.